Friday, 10 August 2018

# Set Menyusu # Testimoni Set Menyusu Shaklee

Testimoni set Menyusu pilihan nombor 1 ibu-ibu di Malaysia

Mommy dah penat google cari info pasal set menyusu paling bagus?
Tapi mommy masih rasa was-was?
Perlukan cadangan set menyusu yang benar-benar boleh dipercayai?

Ye lah kan, sebab dah la banyak jenis..harga pun boleh tahan. Tersilap pilih karang jadi hiasan rak dapur pula.

Takpe, mommy sila bertenang. Jana sangat faham situasi anda sebab jana juga pernah berada di tempat yang sama. Ni jana nak kongsi testimoni set menyusu pilihan nombor 1 ibu-ibu di Malaysia.

Terlebih dahulu, KLIK SINI untuk tahu details tentang set menyusu yang jana nak cerita ni.






TESTIMONI 40: NOOR HARTINI BT. MD SAAD


set menyusu shaklee



[SET MENYUSU SHAKLEE MERUBAH TANGGAPAN SAYA TERHADAP SUPPLEMEN]



Assalamualaikum
Nama Kak Enan, Noor Hartini Binti md Saad, seorg ibu bekerja yang mempunyai 4 permata hati. Kak Enan ingin berkongsi pengalaman Kak Enan ketika sebelum mengenali Shaklee dan setelah mengambil vitamin Shaklee ini.

.

Seriusly dulu Kak Enan memang tidak suka ubat biji tapi bukan bermaksud Kak Enan susah makan ubat, bab makan ubat tu senang saja. Ambil ubat masuk mulut telan saja, kan senang je kan. Cuma kerisauan akan effect terhadap buah pinggang itu membuatkan Kak Enan sangat berhati-hati nak makan ubat mahupun vitamin.

.

Apa yang menyebabkan Kak Enan mula mencari vitamin ialah disaat ada anak pertama. Sebagai ibu bekerjaya yg ingin menyusukan anak secara ekslusif memerlukan antibodi dan ketahanan imun yang kuat. Malah apabila Kak Enan mula mengandung anak kedua pada jarak yang dekat iaitu berbeza setahun sahaja kesihatan mula kurang memuaskan. Terutama badan cepat letih, emosi kurang stabil dan kulit wajah yang semakin kusam. Sepanjang kehamilan memang kerap MC dan cuti rehat kerana asyik tidak sihat dan cepat letih.

.

Selepas bersalin anak kedua, keadaan Kak Enan makin worst. Badan sangat cepat letih, balik dari kerja hanya mahu mandi dan tidur saja kalau mengikut hati. Kulit muka dan wajah memang sangat kusam dan emosi pun mudah sangat tersentuh mahupun tak stabil. Lalu Kak Enan disuggest oleh officemate mencari supplement Waktu tu kesedaran tentang makanan tambahan atau vitamin ini tiada dalam kamus hidup lagi.

.

Atas saranan kawan tu Kak Enan pun pergi ke farmasi dan cari multivitamin yangg dikatakan membantu memberi energy dan pulihkan tenaga. Jadi membelilah Kak Enan vitamin yang disuggestkan oleh ahli farmasi yang berharga sebiji RM 2.00 sebanyak 20 biji, ala yg boleh repack tu. Sayangnya selepas seminggu consume, yang paling kurang best kak enan alami adalah jadi sembelit teruk huhu energy tu Alhamdulillah, ok la, tapi akibat sembelit teruk terus Kak Enan stop ambil vitamin tu. Rugilahkan dah beli vitamin mahal tapi tak makan dah atas faktor tiada siapa yang nak hendak dibuat rujukan lagi tentang tu. Pastu terus Kak Enan tak amik apa-apa supplement. Sehinggalah sedang mengandung anak ke 3. Saat tu Fb sangat familiarlah digunakan.

.

Terlihat junior UTM yg seringkali berkongsi tentang vitamin Shaklee ni. Berjinak-jinak Kak Enan mengambil info darinya dan selepas bersalin hampir 6 bulan selepas itu Kak Enan mula mengambil vitamin Shaklee ni untuk Set Kesihatan Asas dan Set Menyusu untuk tingkatkan pengeluaran susu.

.

Alhamdulillah.. terasa kelainannya apabila mula mengambil Set Asas bersama Set Menyusu ni iaitu Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Lecithin, Ostematrix dan Alfalfa. Badan semakin ringan dan kurang rasa letih kerana balik dari kerja Kak Enan mampu lagi memasak untuk makan malam dan buat persiapan anak-anak sambil buat hobi Kak Enan iaitu menjahit. Alhamdulillah.. mata sembab dan kulit kusam juga semakin hari semakin hilang. Kak Enan sangat happy.

.

Apa yang memeranjatkan Kak Enan berat Kak Enan selepas 6 bulan mengamalkan vitamin ini boleh kembali kepada berat Kak Enan sebelum kahwin. Dari angka hampir ke 6 puluh dapat angka 4 puluh balik memang membuatkan hati sangat-sangat happy OK. Itupun setelah ada anak 3 tu. Amazingkan? Syukur Alhamdulillah Kak Enan tak perlu risau masalah selulit, sembelit mahupun berat yang semakin naik setelah konsisten amalkan set ini. Malah Kak Enan dapat menyusukan anak Kak Enan yang ke-3 sehingga dia berusia 3 tahun. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan pertemukan Kak Enan untuk menyelesaikan masalah Kak Enan yang bekerjaya ini.

.

Sewaktu mengandung anak ke-4 memang fully Het hamil Kak Enan amalkan dan sememangnya sangat ketara berbeza saat hamil dahulu dan anak ke-4 ini. Sehingga kini Kak Enan masih menyusu anak ke-4 yang berusia setahun 6 bulan. Alhamdulillah.

.

Kepada ibu yang bekerjaya diluar sana yang mudah penat, letih dan mengalami emosi yang kurang stabil, Kak Enan sangat syorkan ambil vitamin Shaklee Set Asas ini untuk mempertingkatkan kesihatan diri kita sebagai ibu. Kalau tidak kita yang sayangkan diri kita siapa lagi kan.





*****



TESTIMONI 45: NORAZIAH ABD GHANI




set vitamin untuk ibu menyusu






[BERJAYA MENYUSUKAN BAYI DENGAN SET MENYUSU DAN KULIT KUSAM HILANG]

.

Assalamualaikum,

Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan.

.

Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement.
Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.

.

Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh,terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi.
Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan.

.

Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena.

.

Alhamdulillah, syukur dan lega. Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B dan Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama.

.

Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat.

.

Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri.

.

Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer?
Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar.

.

Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula.
Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung.

.

Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati!




*****


TESTIMONI 48: NUR FARAH LIZA RAMLI


set ibu menyusu shaklee



[BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]


Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.
.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.
.

Sya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.
.

Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.
.

Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.
                                                                                                         


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================




No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana