Thursday 30 August 2018

# B-Complex # Migrain

Inilah cara saya ubati derita migrain sepenuhnya

Ini kisah jana sendiri mengalami sakit migrain sejak zaman sekolah hingga ke zaman bekerja. Boleh dikatakan hampir setiap bulan mesti kena migrain. Terpaksa MC.

Jana tak boleh cuaca panas, tak boleh stress, tak boleh tersalah makan.. tersilap sikit maka datanglah migrain. Walaupun dah kawal, berpantang sebaik boleh. Migrain tetap datang bila-bila masa ia nak datang. 

Bahagian tertentu kepala rasa sakit berdenyut-denyut, mata silau, pening berpusing rasa macam nak tumbang, badan rasa seram sejuk, loya & muntah, cirit birit semua datang sekaligus.





Bila sakit kepala migrain tu, bukan boleh makan ubat tahan sakit dan terus sambung kerja. Kesan ubat tahan sakit tu agak lambat jadi sakit migrain tak hilang sepenuhnya. Macam takde kesan sangat. Setiap 6 jam kena repeat telan ubat penahan sakit. 

Tiada pilihan, terpaksa jana hadap serangan migrain tu bertahun lamanya. Adakalanya sakit kepala migrain berlarutan hingga 2 hari. Hari ke 3 pun masih rasa berdenyut-denyut dan silau belum betul-betul hilang.

Serik. Memang jana taknak migrain. Tak suka. Tapi masa tu, apa boleh buat?

Terfikir juga, sampai bila asyik nak kena migrain dan terpaksa bergantung pada ubat tahan sakit je? 

Sakit kepala migrain ni sangat sangat dan menyeksakan ooii.. jangan main-main.

Jom dengar pengalaman sebenar Jana hadapi masalah migrain dan cara paling berkesan untuk hilangkannya dengan cepat serta cegah dari berulang.






Untuk hilangkan migrain, bukan kena cari ubat migrain paling kuat. Tapi kena atasi dari puncanya. Selagi tak atasi migrain dari puncanya, selagi itu lah ia akan kerap menyerang.

Sebenarnya, kita selalu menganggap punca migrain seperti

  • Kafein
  • Perubahan cuaca
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Resdung
  • Makan tak teratur
  • Angin
  • Perubahan hormon

TETAPI yang sebenarnya ia cuma adalah pencetus terjadinya serangan migrain. Bukan punca yang memulakan migrain.

Kita boleh cegah migrain dengan mengelak pencetus migrain diatas tapi masalah migrain tetap takkan hilang.




Ini punca sebenar migrain.


1. Ada doktor perubatan pernah bagitau, 

Dalam tubuh pesakit migrain selalunya mengandungi sejenis asid amino iaitu asid homocysteine yang tinggi.

Asid homocysteine ni terhasil akibat perubahan mutasi pada genetik. Asid homocysteine ni juga telah terbukti boleh menyebabkan salur darah tersumbat,seterusnya jadi punca strok dan penyakit koronari.



Kajian menunjukkan, pengambilan vitamin B6, B12 dan asid folik terbukti menurunkan paras asid homocysteine dengan berkesan hingga 40%.


2. Kekurangan magnesium punca migrain dan sakit kepala.


Dalam tak sedar, ramai diantara kita kekurangan magnesium dalam diet harian.

Kajian menunjukkan, pengambilan magnesium secara konsisten berkesan mengurangkan insiden migrain sebanyak 41%.


3. Keradangan pada salur darah

Ada pendapat dari pakar kesihatan, salur darah dalam kepala yang mengembang dan menguncup secara mengejut menjadi punca migrain.





Perasan tak, bila dah selalu sangat migrain lama-kelamaan ubat tahan sakit makin tak berkesan. 

Sebab tu ada makan ubat pun migrain tak sembuh. Makan ubat macam takde kesan. Tu yang ramai cari ubat migrain paling kuat. Hingga ada yang terpaksa masuk wad.

Ubat takkan sembuhkan migrain, ubat cuma menahan kesakitan migrain buat sementara waktu.




Cara untuk hilangkan migrain sepenuhnya ialah kita kena pastikan punca sebenar migrain ni terkawal.

Cukupkan keperluan tubuh terhadap vitamin B, Magnesium, serta banyakkan makanan bersifat antiradang seperti Omega 3 dan Polifenol.



ubat migrain


Sejak jana makan vitamin ni, serangan migrain tak datang langsung dah. Alhamdulillah. 

Jika dulu tak boleh panas.. sekarang rilek je main panas, boleh pergi pantai, boleh memandu dalam keadaan silau cermin kereta depan, penat atau tak cukup tidur atau pun makan makanan kegemaran iaitu terung sambal tempe.

Jika dulu bila dekat nak period mesti kena standby takut migrain datang, sekarang ok je. 

Jika dulu tak boleh minum teh ais kaw, takleh minum nescafe, tak boleh makan terung, tak boleh tengok cahaya terang.. sekarang semua dah boleh. Alhamdulillah..

Bahagianya rasa.



Set Vitamin ini bukan setakat bantu atasi migrain, tapi banyak lagi faedah untuk kesihatan yang jana perolehi.  

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang sering diserang sakit kepala migrain juga macam jana. 


Jika anda sedang menderita sakit migrain atau kenal sesiapa yang sedang menderita migrain jana syorkan untuk amalkan Set Migrain Shaklee ini.




Order

===========================
Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================






No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana