Untuk pesakit diabetes, sangat penting untuk memilih makanan yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah agar komplikasi penyakit kencing manis dapat dielakkan.
Ini 10 jenis makanan bagus untuk bantu pesakit diabetes kawal gula dalam darah
Sumber
1. Ikan berlemak
Ikan berlemak adalah makanan paling berkhasiat di dunia. Ikan berlemak mengandungi tinggi asid lemak omega-3 iaitu DHA dan EPA.
DHA dan EPA melindungi sel lapisan salur arteri jantung, mengurangkan penanda keradangan dan membaikpulih cara arteri berfungsi selepas makan.
Pesakit diabetes berisiko tinggi untuk menghadapi masalah jantung dan strok, dengan omega 3 yang mencukupi dapat menghalangnya terjadi.
Ikan salmon, ikan bilis, ikan sardin adalah diantara ikan berlemak yang kaya dengan omega 3.
Ikan juga kaya dengan protin yang berkualiti tinggi yang membantu kita cepat kenyang dan tingkat kadar metabolisme.
2. Sayuran berdaun hijau
Seperti yang telah diketahui, sayuran berdaun hijau sangat berkhasiat dan rendah kalori.
Ia kaya dengan serat, vitamin, zat mineral termasuk kaya dengan vitamin C.
Kajian telah membuktikan, penambahan pengambilan vitamin c dalam diet harian berupaya mengurangkan penanda keradangan dan merendahkan paras gula ketika puasa dikalangan pesakit diabetes jenis 2 serta pesakit darah tinggi.
Sayuran berdaun hijau juga kaya dengan antioksidan yang berfungsi melindungi kerosakan daya penglihatan akibat komplikasi diabetes seperti katarak.
3. Kayu manis
Kajian ada menunjukkan, kulit kayu manis boleh menurunkan paras gula dalam darah dan baikpulih sensitiviti sel terhadap insulin.
Dalam satu kajian, pesakit diabetes jenis 2 mengambil kulit kayu manis selama 90 hari telah mengalami penurunan hemoglobin A1c sebanyak 2 kali ganda, berbanding mereka yang menerima rawatan biasa.
4. Telur
Telur merupakan makanan terbaik untukmembantu beri kita rasa kenyang untuk tempoh yang lama.
Makan telur secara kerap boleh membantu merendahkan risiko penyakit jantung dalam beberapa cara.
Telur mengurangkan keradangan, baikpulih sensitiviti sel terhadap insulin, tingkat kolesterol baik 'HDL' serta memperbaiki saiz dan bentuk kolesterol jahat 'LDL'
Dalam satu kajian, pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil telur secara konsisten setiap hari sebagai sebahagian dari diet tinggi protin telah mengalami penambahbaikan terhadap paras kolesterol dan gula dalam darah.
Pastikan makan keseluruhan telur untuk manfaat nutrien yang terbaik.
5. Chia Seed
Chia seed adalah makanan yang sangat bagus untuk pesakit diabetes kerana chia seed sangat tinggi kandungan serat.
Chie seed boleh bantu kita kawal berat badan kerana serat tinggi bantu beri kita rasa kenyang yang berpanjangan. Tambahan pula, chia seed mengurangkan penyerapan kalori dari makanan yang diambil bersama.
6. Greek yogurt
Greek yogurt adalah pilihan produk tenusu paling sesuai untuk pesakit diabetes. Dalam setiap hidangan greek yogurt mengandungi karbohidrat yang lebih rendah serta protin lebih tinggi berbanding yogurt biasa.
Ia telah menunjukkan keupayaan mengawal gula dalam darah dan menurunkan risiko penyakit jantung.
7. Kunyit
Bahan aktif kunyit boleh merendahkan paras gula dalam darah serta mengurangkan keradangan yang menjadi punca risiko penyakit jantung.
Kunyit memberi manfaat terhadap kesihatan organ buah pinggang pesakit diabetes. Ini sangat penting kerana diabetes merupakan punca utama kerosakan buah pinggang.
Walaubagaimanapun, bahan aktif kunyit iaitu curcumin tidak berupaya untuk diserap tubuh dengan baik bila diambil. Tingkat penyerapan curcumin dengan pengambilan bersama piperine iaitu bahan yang boleh ditemui dalam lada hitam.
8. Brokoli
Kajian telah menemui brokoli berupaya stabilkan paras insulin serta melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas yang dihasilkan dalam proses metabolisme
Brokoli kaya dengan antioksidan jenis lutein dan zeaxanthin yang penting untuk halang penyakit berkaitan mata.
9. Kekacang
Kacang bukan sahaja sedap tapi turut berkhasiat. Semua jenis kacang mengandungi tinggi serat dan rendah karbohidrat. Pengambilan secara kerap membantu mengurangkan keradangan, merendahkan gula dalam darah, HbA1c dan paras LDL
Dalam satu kajian, pesakit diabetes yang mengambil kacang 30g walnut dalam diet harian mereka telah mengalami penuruan berat badan, komposit tubuh yang lebih baik serta paras insulin yang stabil.
10. Minyak zaitun extra tulen
Minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan jantung.
Minyak zaitun mengandungi antioksidan jenis polifenol yang berfungsi mengurangkan keradangan, melindungi sel dinding saluran arteri, menghalang oksidasi lemak LDL dan mengawal selia tekanan darah.
>>Baca: Cara cepat turunkan gula dalam darah dengan berkesan
Walaubagaimanapun, makanan diatas mesti ambil secara sederhana dan mesti ikut arahan doktor. Pesakit juga mesti mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup sihat.
No comments:
Post a Comment