Thursday 13 January 2022

Cara Cepat Hilangkan Migrain

January 13, 2022 0 Comments

Macamana korang hadapi migrain? Makan ubat apa? Ke tahan macam tu je?


Migrain ni lain macam sakit kan? Dapat hilangkan sakit dengan cepat pun dah cukup bagus apatah lagi kalau jumpa sesuatu yang boleh turut mencegah migrain dari berulang.


Tapi wujud ke benda yang betul-betul boleh hilangkan migrain dengan cepat tu? Dengar khabar, Vivix Shaklee boleh


Tapi betul ke Vivix Shaklee ni betul-betul berkesan?


Oleh sebab Jana sendiri yang mengalami masalah migrain, dah cuba sendiri Vivix Shaklee, dan dah pun merasai perbezaannya. Maka kali ni Jana nak share testimoni Jana sendiri hilangkan migrain dan testimoni mereka yang sudah menggunakannya.



Set Migrain Shaklee


Vivix

Kandungan utama Vivix iaitu Polifenol Reveratrol bertindak sebagai antiradang, antistress, antiviral dan mampu memulihkan keradangan sel dalam masa yang lebih pantas.

Polifenol Resveratol berfungsi dengan 4 cara:
  1. Membantu memperbaiki sel yang telah lemah dan rosak
  2. Melindungi DNA dan genetik dari perubahan mutasi akibat typo, serangan radikal bebas atau faktor keturunan
  3. Tingkat tenaga sel dengan meningkatkan penghasilan mitokondria. Ini akan meningkatkan kecekapan sel untuk berfungsi dengan lebih optimum
  4. Mencegah penimbunan protin AGE dalam sel yang merupakan faktor penuaan pramatang dan kekacauan pada sel-sel badan.


OsteNutrix 

Kekurangan Magnesium, Kalsium dan vitamin D dalam badan boleh menyebabkan menyebabkan sakit kepala kronik dan migrain. 

Jadi jika awak sering mengalami sakit kepala dan migrain, pastikan ambil kalsium dan vitamin D secukupnya setiap hari.

OsteNutrix bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D dari sumber mineral semulajadi yang sangat mudah diserap oleh badan kita. 


BComplex

Bekalkan 8 kumpulan vitamin B termasuk B2, B6 yang penting untuk mengurangkan kesan tekanan oksidatif  yang menyebabkan serangan migrain.

Membantu meredakan stress, memperbaiki serta memelihara fungsi saraf.


Testimoni Vivix untuk Hilangkan Migrain 


Jana hadapi migrain sejak dari zaman sekolah. Hingga ke dewasa, dah bekerja pun migrain tetap menyerang. Boleh kata hampir tiap-tiap bulan Jana terpaksa MC. 

Sangat sensitif pada cuaca panas, cahaya dan warna terang, bau ekzos kenderaan dan sesetengah makanan. 

Tiap kali migrain nak datang, akan muncul tanda awal iaitu darkspot atau aura zigzag berwarna-warni dalam pandangan mata. Mula-mula kecik je, lepas tu area darkspot atau aura tu akan jadi makin lebar dan tutup hampir semua penglihatan. Kalau tengok depan, tak nampak apa dah.

Lepas tu, mula lah datang denyut-denyut pada area tertentu kepala, campur dengan rasa loya dan kembung. Seterusnya makin sakit lah. Makan ubat tahan sakit 6 jam sekali pun, macam takde kesan.

Alhamdulillah, sekarang dah takde dah migrain. Jana tak lagi sensitif pada cuaca panas, cahaya dan semua tu. Rasa lebih bebas dan bahagia. Berbaloi jana cuba Set Migrain Shaklee ni sebab bukan setakat migrain je hilang tapi banyak lagi masalah kesihatan jana selesai.

Kat sini kisah penuh. Jom baca

https://janahazana.blogspot.com/2018/08/inilah-cara-saya-ubati-derita-migrain.html



Testimoni Vivix Untuk Hilangkan Migrain

Testimoni Shaklee Untuk Hilangkan Migrain

Cara Berkesan Hilangkan Migrain



 



Jika anda perlukan maklumat lanjut berkenaan produk, atau nak order VIVIX Shaklee berserta nasihat cara makan yang berkesan dan konsultasi eksklusif

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana

===========================


Monday 13 January 2020

Bawa Anak-Anak Main Kolam Di Tingkat 18. Ada Berani?

January 13, 2020 0 Comments
Jana jumpa port baik punya jika nak bawa anak-anak main kolam dan agak berbeza dari yang lain dalam negeri Kelantan ni.. Kolam outdoor yang best, bersih dan berada di tingkat 18. Ada berani?

Sambil main kolam, boleh layan view sawah padi yang mempesonakan tu. Syok kan..

Nama port baek tu adalah Hotel H Design, Tunjung Kota Bharu. Baru mula beroperasi tahun 2019.

Bagi yang datang bercuti ke Kota Bharu, boleh cuba hotel ni.. dekat sangat dengan dengan pasaraya G-Orange, RTC Tunjung dan Wakaf Che Yeh.


Kami datang masa cuti sekolah hujung tahun..musim tengkujuh. Sebab tu cuaca agak mendung. Main kolam pun sekejap je dah biru mulut sebab sejuk

Hotel sediakan 3 jenis kolam untuk pengunjung. Kolam untuk dewasa, untuk kanak-kanak dan untuk bayi (indoor). Masa kami datang, kolam untuk kanak-kanak sedang dalam maintenance jadi terpaksa la main kat kolam dewasa je.

Kolam kanak-kanak best sikit sebab nampak ada gelongsor.. mungkin kedalaman pun berbeza. Sayang betul anak-anak takde peluang nak main kat situ.

Untuk baby pula, ni jana intai dari luar je.. Guna kolam getah tu dan ada banyak bola-bola kecil warna-warni. Baby mesti suka punya.. mak-mak boleh pegang baby sambil bersila je.



Walaupun kolam dewasa, ada area cetek dan bertangga. Anak-anak main situ je.. 

Kat sini, pelampung dan pistol air macam dalam gambar atas disediakan oleh pihak hotel. Tapi kena sewa lah. RM3 sahaja per item. Setiap bilik dapat 2 item je. Macam tuala mandi tu lah..nak ambil kena tulis nama dan nombor bilik. Tapi tuala tu free je, tak payah sewa tau.



Coach kecik



Sambil berendam boleh layan pemandangan yang indah kat belakang tu...




Berlatar belakangkan sawah padi.. ni kalau datang musim padi menghijau atau musim menuai mesti cantik sangat



Sementara menunggu check out kat lobi hotel level 4








Bilik dia.. cun... kami dapat level 9.

Suka la dia datang hotel...




Sayangnya sarapan pagi jana lupa nak nak ambil gambar.. Biasalah bila dah jumpa makanan, fon dah simpan dalam beg. Tangan dah ready nak pegang pinggan cedok makanan..

Ada nasi kerabu, mee bandung, mee goreng, sosej, roti bakar dan beberapa pilihan lagi. Nasi kerabu dan mee bandung tersangat la sedap.. memang jana puji.

Ada rezeki, jana bagi review hotel lain atau port baek lain pulak ya


SEMOGA APA YANG JANA SHARE NI BERMANFAAT
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH !!



Saturday 11 January 2020

Seramnya Luka Czer Terbuka. Apa Mommy Patut Lakukan

January 11, 2020 0 Comments
Salah satu risiko bersalin czer ialah luka terbuka. Bila luka czer terbuka apa mommy patut lakukan?

Walaupun luka terbuka tu kecil je, mommy jangan ambil mudah sebab luka terbuka tu boleh mengundang kehadiran kuman dan bakteria untuk masuk ke bahagian dalaman. Kita risau masalah lain pula akan timbul seperti luka jadi lebih besar atau jangkitan kuman yang boleh menyebabkan luka bersalin lambat sembuh.

Tu yang jadi luka czer lambat sembuh.

Jom baca: 7 punca luka czer lambat sembuh





Luka Czer Terbuka. Ini lah Yang Mommy Perlu Lakukan

1. Dapatkan nasihat doktor

Jika mommy baru sedar yang luka czer mommy terbuka, mommy perlu cepat-cepat bagitau doktor yang merawat. Atau jika nurse datang ke rumah biasanya dia akan periksa. Bergantung pada keadaan luka tu, doktor terpaksa buka semula jahitan untuk periksa keadaan dalaman sekiranya ada nanah atau jangkitan dan mommy perlu ditahan wad.

Selalunya luka czer yang terbuka doktor tak akan jahit semula tapi mommy akan diberi nasihat tentang penjagaan yang lebih intensif. 

Jika berair dan bernanah, kena cuci betul-betul ikut apa yang diajar oleh pihak hospital. Luka czer terbuka tu akan dibiarkan sembuh sendiri selalunya mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk sembuh. Proses penyembuhan ni akan berbeza pada setiap individu.


2. Banyakkan pengambilan vitamin C dan zink untuk cepatkan proses penyembuhan

Ketika berpantang, mommy mesti ambil makanan yang cukup nutrisi. Antara nutrisi yang penting ialah vitamin C dan zink.

Vitamin c dan zink berfungsi untuk cepatkan proses penyembuhan luka czer dari dalam, mencegah jangkitan kuman dan mencantikkan parut. Zink adalah mineral penting untuk sel serta lebih 200 enzim bagi memastikan badan kita dapat berfungsi secara optimum.

Antara makanan yang tinggi vitamin c dan zink ialah:
  • Buah oren
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Biji labu


Mungkin ada mommy yang tak suka makan masam atau makan sayur, jadi untuk bantu mommy cukupkan keperluan harian, boleh juga boleh amalkan Vita C dan Zinc Plus Shaklee.

1 tab vita C sama macam mommy makan 7.5 biji buah oren termasuk kulit. Sebab vita C lengkap dengan bioflanovoid yang hanya terdapat pada kulit buah sitrus.

1 biji Zinc Plus pula sama macam mommy 3.75kg bayam, 600g ayam, 3-5 biji tiram dan 200g biji labu.


Testimoni


Vita C dan Zinc Plus juga boleh digunakan untuk semua luka tak kira lah operate tulang ke, luka jatuh motor ke atau bekas picit jerawat batu.


Order & Pertanyaan


Asalkan nak luka cepat sembuh dan parut cepat pudar, vita C dan Zinc Plus memang berkesan.




Mommy tak perlu ragu lagi dengan keberkesanan vita C dan Zinc Plus Shaklee ni. Shaklee dah laburkan jutasn dolar untuk bangunkan produk yang selamat digunakan untuk jangka masa panjang.

Shaklee memang terkenal dengan produk yang melangkaui organik, tiada bahan kimia bahaya, 100% dari bahan semulajadi, tiada pewarna dan perasa tiruan.

Vita C dan Zinc Plus mesra penyusuan ibu.

Camana nak dapatkan Vita C dan Zinc Plus ni?
Hubungi jana sekarang dengan klik pada butang di bawah ni. Dengan setiap pembelian jana akan ajar juga cara makan yang betul supaya puan dapat kesan yang optimum.


 Order & Pertanyaan


3. Banyakkan berehat

Mommy berpantang lah elok-elok. Banyakkan berehat. Jangan buat kerja berat. Pastikan tempat czer tu sentiasa kering dan bersih. Kalau kena dressing, tolong tukar dengan kerap atau ikut aturan yang doktor bagitau. Tak payah lah sapu apa-apa minyak ke losyen sebab ia melibatkan bahagian dalaman yang kita tak nampak. Jika apa-apa berlaku dalam tu, kita tak tau.

So sebelum nak buat kerja berat, atau nak pergi bercuti jauh-jauh atau nak merewang kenduri ke.. bagi betul-betul sembuh dulu.





Thursday 9 January 2020

Kenangan Banjir Kuning 2014 Kelantan, Kg. Kerilla Part 2

January 09, 2020 0 Comments
Ini rumah mak. Masa ni dah dalam proses pembersihan.

Hari pertama dapat balik, itu lah yang paling rasa nak gugur jantung. Tak nampak macam rumah. Segenap sudut dah bertukar warna coklat lumput, barang-barang saling bertindih, tercabut.

Nak melangkah masuk pintu pagar pun dah sukar sebab banyak lumpur. Lumpur paras atas buku lali dewasa. Pakai selipar jepun, selipar tenggelam dan lekat terus. Hampir jatuh tertonggeng dibuatnya. Nak tak nak kena pakai kasut but.

Jana geledah barang hanyut dalam parit besar depan rumah cari kasut but. Ntah siapa punya, ntah hanyut dari mana.

Sekeliling rumah macam-macam ada yang hanyut ntah dari mana. Ada basikal, mainan, reban ayam, kerusi sofa. Kasut, baju, bekas plastik tak payah cerita lah, banyak.



Nak buka pintu pun susah sebab dalam rumah, segala perabot bergelimpangan. Banyak barang dari dapur hanyut dan terdampar di ruang tamu. Peti sejuk mujur tersangkut pada plug. Itu pun dah separuh jalan menuju ke ruang tamu.

Sofa yang berat pun boleh teralih. Almari hilang rupa almari. Semua warna lumpur. Tak boleh nak bayang macam mana deras arus banjir kuning ni. Allahuakbar.



Barang dah dibawa keluar dari rumah.. penat namateyy..barang yang bercampur air dan selut akan jadi berganda-ganda lebih berat dari biasa. Buku pun boleh angkat sebiji-sebiji je.. 

Lumpur dah hampir kering jadi tanah... bekalan air belum ada susah betul nak membersih

Satu-satunya almari yang masih teguh. Almari hiasan dari zaman nyanya (nenek mak). Almari yang zaman sekarang dah jadi macam biskut meri celup air milo. Hancur.

Bahagian dapur berhubung billik air. Lumpur tebal bukan main.

Dalam lumpur ada berjuta-juta cacing sebesar jari kelingking orang dewasa. Berjuta-juta ekor bergelimpangan. Geli oi...

Ada juga kaca pecah, ada selumbar, macam-macam benda tajam... jana tersilap letak tangan untuk ambil parang sedar-sedar tangan dah berdarah.


Lumpur kering kat siling. Air tenggelam lebih aras siling dapur.

Bukan senang nak cuci hingga tahap macam ni..Lumpur tebal sangat

Ini kisah kami. Lepas episod banjir, datang pula episod cirit birit dan batuk. Pasca banjir katanya.

Walaupun banyak kerugian harta benda dan wang, namun kami tetap bersyukur sebab kami semua selamat.



Tuesday 7 January 2020

Vivix Shaklee Berkesan ke? Ini Luahan Hati Yang Jujur

January 07, 2020 0 Comments
Assalamualaikum.

Vivix elok ke untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi?

Artikel kali ni adalah perkongsian dari Tuan Sanusi yang mencuba Vivix untuk bantu mengurangkan simptom-simptom tekanan darah tinggi nya.

Untuk maklumat tambahan, walaupun mengambil Vivix Tuan Sanusi tidak meninggalkan ubat-ubatan doktor dan tetap memenuhi temujanji rawatan hospital.

Vivix impian ku


Pada akhir tahun 2016 saya mula mendapat tekanan darah tinggi (Hypertension). Pada masa itu saya berjalan ke bilik dapur, ketika di ruang tamu saya hampir pitam mujur sempat berpaut di bangku, Saya tidak tahu apa-apa simptom tekanan darah tinggi. Dengan tanda tanya saya pergi ke hospital untuk memeriksa tekanan darah dalam seminggu dan akhirnya doktor mengesahkan bahawa saya mempunyai tekanan darah tinggi dan terpaksa mengambil ubat dari hospital untuk sepanjang hayat. Ia sedih tetapi kehidupan mesti realistik.

Kerana saya ingin tahu punca tekanan darah tinggi saya membaca Google dengan sangat tekun. Kesimpulannya ialah kebanyakan orang di dunia mati akibat serangan jantung. Penyebabnya adalah hipertensi yang tidak terkawal.

Seperti yang kita tahu selama beratus-ratus tahun banyak orang telah mengamalkan tip tradisional untuk menurunkan tekanan darah, saya telah mencuba petua-petua ini untuk penyembuhan tetapi kandungan keselamatan herba tidak mempunyai ujian klinikal tertentu yang selamat digunakan. Mengamalkan tips jangka panjang pastinya akan mempunyai kesan sampingan yang berbahaya pada hati dan buah pinggang.

September 2017 Saya membaca artikel yang ditulis oleh Puan Jana Hazana mengenai 10 Makanan Menghindari Hipertensi dan penyakit jantung. Dengan seni lukisan arteri tersumbat oleh pertumbuhan plak (aterosklerosis) sejak remaja, otak saya sangat mudah memahami tulisan pendek dan ringkas Jana.

Kerana artikel itu adalah jawapan yang saya ingin cari selama berbulan-bulan.

Jana menulis bertahun-tahun penyelidikan oleh saintis Vivix Shaklee akhirnya memperkenalkan antioksidan polyphenols (ubat tekanan darah tinggi) bercampur dengan resveratol (suplemen anti-penuaan) sehingga 10 kali ganda lebih kuat daripada jenama lain.

Untuk melindungi keselamatan pengguna, PATENT (hak cipta exulisef) diberikan kepada Vivix oleh Shaklee Genius. Sudah tentu, supremacists Vivix lulus ujian klinikal dalam erti kata bahawa produk adalah yang paling selamat, mengikut peraturan. Atas sebab ini saya percaya pada Vivix.

Saya adalah kontraktor kecil berpendapatan rendah tetapi setahun kemudian dengan kerja keras dan kesabaran pada 16 Oktober 2018 Vivix berada di tangan saya. Dengan mengambil setengah sudu teh Vivix selama tiga bulan tubuh saya menjalani banyak perubahan seperti berkeringat malam, sakit lengan kiri, sakit dada kiri, dan penglihatan kabur semuanya sembuh. Semasa berada di pasar raya, kebanyakan pekerja di sana memanggil saya abang. Perkara yang pelik ialah saya berumur 49 tahun. Kebimbangan mengenai hipertensi bertambah apabila tekanan darah tidak berubah tetapi satu minggu selepas menghentikan Vivix pada 7 Februari, 2019 tekanan darah turun dari 163/99 (Julai 2018) hingga 128/70 (Mac 2019). Terima kasih Vivix.

Bagi badan panas pada waktu malam pada hari ketiga saya mengambil 1/2 sudu teh Vivix yang bermaksud suhu badan kembali normal. Dengan pengalaman ini, saya mengakui bahawa Vivix adalah yang terbaik dan saya tidak mudah dipengaruhi oleh kempen hebat dari jenama lain. Vivix terkenal tetap di hati.

Dr. David Andrew Sinclair adalah salah seorang pengasas dan pencipta molekul Polifinol yang dipanggil "Vivix". Kelebihan molekul ini ialah mereka dapat mencegah penyakit jantung, strok, dan kanser. Walaupun Vivix dicipta oleh orang bukan Islam, ia diakui secara sah oleh American Islamic Service (ISA) di Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama membaca rukyah boleh menjadi rawatan rohani cara Islam, latihan senaman menguatkan otot jantung anda, mengubah diet anda, makan pil dari hospital dan jangan lupa berdoa kepada Allah untuk keselamatan jika kita mengambil Vivix Shaklee.

Semasa menyimpan wang untuk membeli Vivix buat kali kedua saya juga perlu mengamalkan tip seperti minum rebusan air jagung, jus bawang putih dan sebagainya. Sekiranya Tuhan memberikan saya rezeki, saya tidak akan kehilangan Vivix. Jangan risau bahawa pelaburan dalam Vivix adalah menguntungkan dalam jangka panjang dan berbaloi. Kerana kesihatan yang baik kita boleh bekerja untuk membuat lebih banyak wang. Tidak benar bahawa wang kita akan terbang ke negara-negara asing tetapi kerajaan masih memperoleh pendapatan tertinggi melalui cukai ke atas barang-barang yang diimport, tetapi kami menikmati produk berkualiti tinggi di dunia. Saya harap saya dapat membeli Vivix sepanjang hidup saya. Amen .... Saya akan sentiasa bersama Vivix.

Artikel Tarikh 5 Mei 2019
Disunting 2 November 2019


Jelas disini Tuan Sanusi bukan mengambil Vivix secara rambang. Beliau dah kaji dan fikir terlebih dulu secara detail akan kelebihan Vivix.

Vivix merupakan minuman dari ekstrak buah-buahan dan herba semulajadi melangkaui organik yang sangat tinggi kandungan polifenol resveratrol serta bersifat sangat tinggi antioksidan.

4 bahan utama Vivix iaitu:

1. Anggur Muscadine
2. Lobak ungu
3. Elderberi Eropah
4. Herba Knotweed Jepun


Maklumat Lanjut Hubungi

==============================

Hazana Hamzah (sid 908814)

===============================


Sunday 5 January 2020

Cara Hilangkan Migrain Dengan Cepat. Ubat Tahan Sakit vs Set Migrain Shaklee

January 05, 2020 0 Comments
Sakit kepala migrain berbeza dengan sakit kepala atau pening kepala biasa. Selalunya tanda-tanda awal migrain ialah pandangan mata jadi silau, muncul 'darkspot', atau muncul corak berwarna-warni yang dipanggil AURA yang boleh mengganggu penglihatan mata.

Kemudian akan muncul rasa pening dan rasa loya diikuti sakit kepala berdenyut-denyut yang teramat pada bahagian tertentu kepala. Memang tak boleh nak buat kerja. Siapa yang ada migrain dia tau lah betapa sakitnya migrain tu.

Walaupun dah makan ubat, takkan hilangkan migrain tu sepenuhnya. Cara terbaik untuk atasi migrain ialah dengan mencegahnya dari menyerang.







Boleh ke elak Migrain Dengan Ubat Tahan Sakit?

Bila migrain datang menyerang ramai yang akan cari 'ubat migrain'. Pergi klinik minta ubat migrain atau pergi farmasi. 

Selalunya, ubat yang diberi adalah paracetamol atau ubat tahan sakit.

Nak hilangkan migrain dengan ubat tahan sakit hanya boleh kurangkan rasa sakit, tetapi tak boleh hilangkan sakit migrain sepenuhnya dan tak boleh elak serangan migrain.

Nak tak nak kena hadap juga sakit migrain tu. Tetap boleh mengganggu produktiviti dan aktiviti harian.

Bayangkan hari tu merupakan hari penting contohnya ada interview, atau kenduri kahwin dimana kita adalah vip. Kacau betul kan?!

Apa yang pasti, ubat tahan sakit tak mampu untuk mencegah migrain.


Elak serangan migrain dengan Set Migrain Shaklee

Penghidap migrain biasanya mempunyai acid homocysteine yang lebih tinggi berbanding orang yang tiada masalah migrain, iaitu sejenis asid amino yang terhasil akibat perubahan mutasi pada genetik.

Acid homocysteine telah dibuktikan menjadi punca salur darah tersumbat, yang menyebabkan masalah strok dan pelbagai masalah koronari.

Pengambilan vitamin B yang lengkap dengan B6, B12 & Asid folik terbukti mampu menurunkan paras asid homocysteine dengan efektif sehingga hampir 40%.

Selain itu melalui satu kajian, penghidap migrain selalunya mempunyai paras magnesium yang rendah.



Set migrain Shaklee terdiri dari B-Complex dan Ostematrix.

B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B6, B12 dan asid folik sebagaimana yang penghidap migrain sangat perlukan.

Ostematrix membekalkan kalsium dan magnesium.

Sebab tu hampir kesemua pengguna set migrain Shaklee bagi feedback yang positif setelah konsisten mengamalkannya kerana set migrain Shaklee membantu melengkapkan kekurangan nutrisi penting pada penghidap migrain







Set migrain Shaklee memang berkesan untuk mencegah migrain.

Jika anda salah seorang yang sering mengalami migrain, atau kenal dengan mereka yang selalu migrain, cepat-cepat dapatkan set migrain Shaklee ni, Memang bagus.

Jana sendiri ada masalah migrain. Sebelum ni jana sangat sensitif pada cahaya silau, tak boleh terlebih penat, tak boleh stress, tak boleh minum kopi, tak boleh panas. Masa kerja terpaksa MC.

Sekarang dah ok setelah amal set migrain Shaklee.

Baca: Atasi migrain semasa mengandung

Untuk dapatkan vitamin Shaklee untuk bantu hilangkan migrain ni, anda boleh order disini


ORDER
==============================
Hazana Hamzah (sid 908814)

==============================



Friday 3 January 2020

Kenangan Banjir Kuning 2014 Kelantan, Kg. Kerilla Part 1

January 03, 2020 0 Comments
5 tahun dah berlalu.. tapi kenangan banjir kuning 2014 di Kelantan tetap terpahat dalam memori kami sekeluarga. Lama dah simpan dalam fon dan facebook je, tetiba terfikir nak simpan dalam blog juga. Suatu hari nanti, bila anak-anak dan besar diorang boleh baca kisah ni.

Kejadian banjir kuning 2014, tak disangka-sangka kampung kami pun kena. Masa ni, semua kampung yang terletak tepi sungai Kelantan memang terjejas teruk kecuali beberapa tempat yang sangat tinggi.

Rumah mak cuma lebih kurang 600 meter dari sungai. Tak pernah kena banjir. Tapi kali ni, berbeza.


Isnin 22 Disember 2014


Pagi ada temujanji dengan pakar tulang di hospital daerah Tanah Merah untuk rawat tangan Hazim patah. Kami selamat pergi dan balik walaupun ada area yang terpaksa harung air.

Petang tu hujan lebat agak reda, cuma hujan rintik-rintik jadi kami bawa anak-anak naik kereta kononnya nak tengok air sungai di jeti Temangan. Hazim dan Haziq umur 4 tahun.

Dalam perjalanan pergi, lebih banyak tempat yang kami terpaksa harung air lintas jalan. Air sikit punya laju, hingga kan kadang tu terpercik ke tingkap. Orang ramai keluar tengok air dah macam pesta. Budak-budak lagi la seronok dapat main banjir.

Masa tu langsung tak terfikir, yang mengalir deras atas jalan tu sebenarnya adalah air sungai yang dah melimpah!

Di jeti Temangan, kami dapat pemandangan yang sangat luar biasa. Pondok di atas tangga jeti dah tak kelihatan! Dah tenggelam dek air sungai yang sangat besar. Beberapa rumah, pasar dan lot kedai tepi jalan pun dah tenggelam.


Selasa, 23 Disember 2014


Jalan nak keluar ke bandar dah tertutup sepenuhnya. Semua penduduk kampung dah terkepung.

Malam tu tengok berita banjir makin teruk di negeri Kelantan. Rantau Panjang, Gua Musang. Ada juga disebut tentang fenomena air pasang. Tapi kami sekeluarga tengok berita macam tengok drama je lah. Langsung tak terfikir nak bertindak sebagai langkah berjaga-jaga.

Mak cakap, kampung kita tak pernah kena banjir. Paling teruk pun banjir 1960-an, rumah Nyanya (nenek mak) naik paras tangga je. Lega.

Malam tu kami tidur lena. Tapi terjaga sebab hujat lebat kedengaran lain macam.


Rabu 24 Disember 2014


Dalam pukul 6 pagi, nenek saudara Tokcik Nab datang rumah bagitau cepat-cepat pindah, air sungai naik!! Rumah jiran kami ada yang dah dinaiki air. 

Mak cakap, polis ada call suruh pindah pergi pusat pemindahan banjir iaitu di sekolah. 

What!!!

Macam mimpi... serius rasa macam mimpi. Solat subuh pun tak boleh khusyuk.

Dalam fikiran, banjir sikit je ni kot.. mungkin paras betis je. Kawasan ni tinggi, mana mungkin banjir. Takde dalam sejarah tempat ni boleh banjir macam dalam berita semalam tu.

Jadi, kebanyakan barang-barang kami cuma angkat letak atas katil, atas kerusi. Stok Shaklee jana letak dalam kotak, atas almari. Baju ambil 2-4 helai sorang, berus gigi dan beberapa dokumen penting. Macam nak pergi vacation tu. Ya, betul-betul macam nak pergi melancong.


Jam 7 pagi. 


Air dah sampai ke pintu rumah. Jana terperasan, separuh bahagian air warna kuning macam air teh separuh lagi air warna kehijauan. Mimpi ke aku ni? Nak tanya orang tapi mulut macam terkunci. Sibuk pulak alih barang rumah.

Sekarang baru tau, air yang warna macam teh susu tu air sungai melimpah manakala air kehijauan tuh tu air hujan yang melimpah dari parit bertembung di rumah kami. SUBHANALLAH

Bahagian porch rumah. Air diluar paras buku lali orang dewasa

Tepi dapur.. air kehijauan dah bercampur dengan air kuning

Belakang rumah



Masa ni duk fikir macam mana nak selamatkan anak-anak. Anak-anak dah jadi perkara utama. Jadi rasa macam nak cepat-cepat keluar dan pergi ke tempat pemindahan sementara.


Depan rumah lebih kurang jam 8.. air paras betis orang dewasa


Jam 10 pagi 


Kami semua dah selamat sampai di tingkat 2 bangunan sekolah. Masa kami naik ke situ, cikgu tempatkan kami di surau. Alhamdulillah. Anak-anak selamat tapi fikiran serabut fikirkan rumah dan kereta pulak.

Jam 11 pagi hujan berhenti.Suami balik sekejap sebab nak ambil beberapa lagi barang penting, tengok-tengok air dah paras dada. Cepat betul air naik walaupun tak hujan.

Hingga ke jam 6 petang, air terus naik ke paras bumbung.

Masa ni kami baru sedar, banjir kali ni bukan banjir biasa. Tapi luar biasa belum ada dalam sejarah.


Kereta dan nampak bumbung je..



Kami tinggal di pusat pemindahan ni selama 4 hari, bab makan minum malas nak cerita detail. Sangat daif dan menyedihkan. Takde letrik dan bekalan air bersih. Air kuning itu lah yang kami guna untuk makan minum, mandi, berwuduk, bersuci dan gosok gigi... sanggup?

Allah memang nak uji kesabaran.

Kami sekeluarga dan beberapa keluarga lain sama-sama masak, makan apa yang ada. Bila ingat balik, banyak sangat nikmat yang Allah dah beri. Dia nak uji sikit je berbanding orang lain di negara-negara bergolak nun..


Bersambung PART 2 DISINI


Friday 28 December 2018

Review Produk: ESP Shaklee

December 28, 2018 0 Comments
Eh, kan soya tak bagus untuk ibu hamil? Berapa ramai kawan2 kat facebook duk share pasal keburukan soya terutamanya untuk ibu hamil. Macam2 kesan buruk yang diwar-war kan. Betul tu, saya pun pernah terbaca tentang satu kaum yang sangat menjauhi soya terutamanya ketika hamil kerana soya dikatakan boleh merosakkan!

TETAPI tahukah anda ada bahan dalam soya yang sangat berguna pada manusia? Ia adalah INSOFLAVONES. 

Kebanyakan proses menghasilkan produk soya akan menyebabkan bahan ini hilang malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan kimia yang digunakan ketika pemprosesan. 

Berbeza dengan Shaklee, soya diproses dengan menggunakan air demi mengekalkan kandungan INSOFLAVONESnya iaitu genistein dan deidzein yang kritikal yang membekalkan kebaikan keseluruhan soya.




Pelengkap nutrisi keluarga saya



PERBEZAAN SHAKLEE ESP


  1. Pengasingan protien yang pertama telah dicipta oleh Dr. Shaklee pada tahun 70-an. Banyak kajian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protien soya adalah faktor utama dalam menjaga kesihatan yang unggul.
  2. Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat meluas dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan.
  3. Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi bebas-GMO (Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  4. Merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  5. Sesuai untuk semua gologan usia. Mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sesuai diambil oleh pengidap kencing manis.
  6. Satu hindangan ESP Shaklee  bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Karbohidrat dengan GI yang rendah akan memecahkan gula secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos kedalam sistem badan. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan adalah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan untuk jangka masa panjang.


KEBAIKAN ESP


  • Awet muda - Asid amino penting untuk pembinaan otot, kuku, rambut, organ dan lain2.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan insoflavones, fungsinya sama dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menapous dan pembesaran prostat.
  • Keremajaan kulit - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutaan, merupakan agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • Membaiki pigmentasi 
  • Membaiki memori

Review ESP SHAKLEE




Rugi tau sapa-sapa yang tak nak cuba ESP Shaklee ni. Dari pengalaman saya sendiri, kulit jadi glowing, kasar2 kat tumit dah hilang. Suami pun suka. Suami saya ni ada gastrik, selalu pedih hulu hati dan kembung tapi sejak ambik ESP walaupun tak konsisten, 'sedap perut' katanya.



Friday 7 December 2018

Cara Cepat & Mudah Atasi Sembelit Ketika Berpantang

December 07, 2018 0 Comments
Perkara yang paling ditakuti oleh ibu berpantang adalah sembelit.

Dalam keadaan masih lemah emosi dan fizikal, sembelit ketika berpantang cukup menyeksakan. Sembelit ketika berpantang bukan je boleh menyebabkan jahitan terbuka, malah boleh mendatangkan tekanan emosi.

Bukan itu sahaja, sembelit berpanjangan juga boleh mendatangkan masalah lebih besar jika tak diatasi dengan segera seperti buasir.


sembelit ketika berpantang



Punca sembelit ketika berpantang

  • Perubahan hormon serta penggunaan bius semasa dalam proses kelahiran boleh menyebabkan pergerakan usus besar menjadi perlahan. 

  • Kurang pengambilan air serta serat dari makanan disebabkan menu berpantang yang terlalu ketat dan tidak betul.

  • Pengambilan pil iron (pil tambah darah) boleh menjadi punca sembelit ketika berpantang

  • Duduk atau baring terlalu lama juga boleh menyebabkan sembelit ketika berpantang. Sebab itu lah ibu-ibu yang baru bersalin digalakkan untuk terus bergerak.



Proses kelahiran, perubahan hormon dan bius adalah perkara diluar kawalan, memang tak dapat dielakkan. Ikut nasihat doktor.

Bagi mengatasi serta mencegah sembelit ketika berpantang ibu-ibu mesti pastikan sentiasa minum air secukupnya dan makan banyak sayur-sayuran hijau serta buah-buahan. Ini bagi memastikan badan sentiasa cukup air dan serat.

Nasi putih, roti putih dan minuman coklat dikatakan boleh menyebabkan sembelit.



Pastikan juga ibu-ibu banyak bergerak sebaik selepas bersalin. Bergerak dari katil kemudian berjalan lah secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Berbeza sikit bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.

Pengalaman jana sendiri bersalin secara pembedahan, 6 jam pertama memang kena baring je. Selepas 6 jam tu selalunya doktor akan suruh kita bergerak. Mengiring ke kiri atau ke kanan pun cukup dah.

Tujuannya untuk merangsang pergerakan usus besar kita. Ini memang sangat membantu dalam mengatasi sembelit ketika berpantang



Cara mudah dan berkesan atasi sembelit ketika berpantang



ubat sembelit ketika berpantang


Ostematrix

Merupakan vitamin yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron.

Ostematrix adalah vitamin kalsium yang paling seimbang kandungannya dan menjamin kadar penyerapan 99%, menghalang endapan sesetengah mineral. Ibu-ibu dah boleh merasakan kesan Ostematris pantas atasi sembelit hanya dalam masa 12 jam.

Telan sebelum tidur, esoknya waktu subuh dah boleh membuang air besar dengan lawas. Selagi tubuh cukup nutrien ini, selagi itu lah pembuangan air besar lawas sekaligus dapat mengatasi sembelit.

Nutrien-nutrien diformulasikan dalam Ostematrix membantu ibu-ibu berpantang mengatasi sembelit dengan:

  • Memudahkan proses pembuangan air besar dengan melembutkan najis dan melembapkan usus besar.
  • Mengawal pengecutan saraf dan otot
  • Membantu sel-sel menyerap nutrien dengan efektif

Selain dari itu, banyak lagi kebaikan serta manfaat Ostematrik bagi ibu-ibu antaranya:

  • Membekalkan kalsium yang mencukupi
  • Mengatasi kekejangan otot (cramp/simpul mengkarung).
  • Memperbaiki sakit-sakit sendi, sakit belakang, sakit pinggang.
  • Menggalakkan tidur yang berkualiti
  • Kawal tekanan darah
  • Badan rasa bertenaga
  • Atasi migrain, depresi, mood swing



 Order & Pertanyaan



Testimoni OSTEMATRIX untuk ibu sembelit ketika berpantang

sembelit ketika berpantang

ubat sembelit ketika berpantang

ubat sembelit ketika berpantang

Jana sendiri adalah penggunan Ostematrix sejak 2013 hingga sekarang. Ostematrix amat membantu dalam memelihara kesihatan dan mengekalkan kecergasan jana terutamanya ketika hamil, berpantang dan menyusukan bayi.

Jika ibu-ibu turut mengalami masalah sembelit ketika berpantang. Dapatkan Ostematrix dan nikmati kelegaan dalam membuang air besar tanpa sebarang masalah lagi.


Baca : Punca luka bersalin bernanah dan lambat sembuh


Jom tonton video tentang mengatasi sembelit bagi ibu menyusu cara shaklee. Pantas lagi berkesan.

 




Pertanyaan/order

 Order & Pertanyaan


===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



shaklee untuk sembelit

Follow Instragram Jana_Hazana