Friday, 5 September 2014

BENGKEL NUTRISI SHAKLEE 2014

September 05, 2014 0 Comments
Sabtu baru-baru ni saya ada join bengkel nutrisi Shaklee. Saja lah nak timba ilmu pengetahuan sambil tambah kenalan baru. Lagi bengkel ni boleh bawa anak-anak, so lebih kurang macam pergi jalan-jalan juga tapi jalan-jalan cari ilmu..dapat pahala tu..Inshaa Allah

Ye lah, nak jual sesuatu produk, mesti kena kenal dan study produk tu betul-betul kan?
Banyak benda yang kita kena tahu seperti produk tu dibuat dari bahan apa, fungsi bahan, fungsi produk, untuk siapa, kesan jangka pendek, kesan jangka panjang..dan macam-macam lagi lah. Bukan kerana duit untung jualan semata-mata. Sebab tu Shaklee akan mengadakan bengkel nutrisi untuk pengedar-pengedarnya yang sah supaya mereka dapat belajar secara lebih dekat tentang produk-produk Shaklee. Pengajarnya pula terdiri dari pakar-pakar nutrisi yang bertauliah...



Tak banyak gambar dapat kongsi sebab yang lain anak-anak dah delete.

Dari sini, banyak ilmu pengetahuan tentang produk-produk Shaklee dapat digali dan dikongsi. Sebab tu sekarang bila ada customer minta nasihat dan pendapat sebelum buat pembelian, rasa lebih yakin nak bagi konsultasi. Pastu bila ada isu-isu viral pun, takde lah nak cepat melatah tak tentu hala.


Dapat sijil dan hadiah

Kekuatan Shaklee bukan pada orang tapi kekuatan Shaklee adalah pada produk-produknya. Kalau tak, masakan ia boleh bertahan lebih 50 tahun. Sudah berjuta-juta ringgit dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk..tu dia, bukan main-main..




Berminat nak jadi ahli dan enjoy diskaun untuk setiap produk Shaklee? Klik Kelebihan Daftar Ahli Shaklee untuk maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan produk-produk Shaklee boleh hubungi saya disini



Salam sayang...Jana

Thursday, 4 September 2014

Minum sup ketam petua rawat demam denggi dengan berkesan

September 04, 2014 0 Comments
Baru-baru ni borak panjang dengan mak melalui telefon..Mak ada cerita, kat Kelatan sekarang musim demam denggi.. kat hospital kerajaan sampai penuh wad dengan pesakit demam denggi..Malah ada yang lebih parah, tak sempat sampai ke hospital dah meninggal akibat demam denggi berdarah..Innalillah. Masa tu semua kakitangan hospital dalam keadaan berjaga-jaga untuk terima kes demam denggi.

Demam denggi ni punca dia adalah gigitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Kalu nyamuk lain yang gigit, tak jadi demam denggi ye. Yang paling ditakuti ialah demam denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut. Kalau ada yang belum kenal nyamuk aedes, badannya berbelang hitam putih dan aktif sekitar jam 7 pagi dan 7 malam..

merawat demam denggi
Ni rupa nyamuk aedes

Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka inilah yang mengakibatkan pendarahan..umpama badan kita ni bocor. Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, darah keluar dari kulit, mulut, hidung, mata pesakit...Pendarahan inilah yang membawa maut..Nauzubillah...

Simptom-simptom demam denggi

Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut sila cepat-cepat dapatkan rawatan..

  • Demam kuat yang mengejut dan suhu badan yang tinggi
  • Sakit-sakit otot, badan dan sendi
  • Muncul ruam (bintik-bintik merah) pada kulit
  • Muntah dan kurang selera makan


Merawat demam denggi dengan sup ketam

Demam denggi ni tiada rawatan khusus. Sebab tu mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi kalau dah kena tu memang mesti ikhtiar cari penawarnya lah kan..

merawat demam denggi
sebelum diproses

Sup ketam dikatakan mempunyai kandungan protin yang tinggi yang mampu meningkatkan bilangan platlet darah dalam masa yang cepat. Pesakit denggi yang amalkan makan dan minum sup ketam sebanyak 500ml hingga 1L akan mengalami peningkatan bilangan platlet yang mendadak iaitu dalam masa 5 hingga 8 jam..99.9% demam akan kebah...

Lagi, ketam nipah ni fresh sebab tu bila masak sup simple pun rasa dah sedap banget..manis-masin-lemak semulajadi..

Bila dah jadi sup, inilah rupanya

merawat demam denggi
Sup ketam


Vitamin untuk rawatan demam denggi

Tapi, sekiranya pesakit denggi ni ada masalah nak dapatkan ketam nipah atau alergi dengan makanan laut, ada alternatif lain untuk merawat demam denggi dengan cepat dan berkesan..iaitu amalkan Performance Drink dan Nutriferon Shaklee..

merawat demam denggi

Performance Drink membantu mengimbangi elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi (kehilangan cecair dalam badan) yang menyebabkan suhu tinggi.


rawatan demam denggi


Nutriferon berfungsi meningkatkan interferon semulajadi dalam tubuh bagi merangsang sel-sel darah putih memusnahkan virus. Dengan kata lain, ia meningkatkan sistem antibodi tubuh. Oleh itu, sekiranya anda sering atau sangat mudah terkena jangkitan seperti selsema, atau demam sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon.

Oleh itu, jika anda atau orang tersayang mula menunjukkan simptom-simptom demam denggi, jangan tunggu lagi..Bertindaklah SEGERA!!! Dapatkan sup ketam atau dapatkan Performance Drink & Nutriferon.

Saya tak jual ketam nipah tapi untuk maklumat lanjut berkenaan vitamin diatas bolehlah hubungi saya disini...

rawatan demam denggi

Salam sayang...Jana

Wednesday, 3 September 2014

AMALAN-AMALAN PALING MUDAH UNTUK TARIK REZEKI

September 03, 2014 0 Comments
Jom ramai-ramai amalkan amalan tarik rezeki ni. Mudah je...
Supaya sama-sama kita dapat nikmati kesenangan dan kebahagian dunia & akhirat.
Dapat rezeki yang halal, harta yang diberkati, hati yang tenang dan sentiasa mendapat rahmat dari Nya..

Bukan nak kena sembelih ayam hitam atau buat pulut kuning ye..
Tangkal-tangkal azimat pun kita tak pakai..
Perkara-perkara syirik sila buang jauh-jauh..Berdosa besar tu.

Amalan tarik rezeki

  • Sentiasa lah bersyukur. Bersyukur bermakna kita berterima kasih dengan Allah s.w.t atas pemberiannya. 
  • Jangan menderhaka pada ibu bapa dan berbaktilah terhadap mereka
  • Jaga silaturahim sesama manusia...
  • Rajin-rajinkan lah bersedekah dengan hati yang ikhlas..ingat formula ni; 1-1=10
  • Jangan sesekali tinggal solat dan solat lah diawal waktu..
  • Amalkan solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha
  • Tinggalkan perkara-perkara maksiat
  • Bangun awal pagi
  • Banyakkan membaca Al-Quran


Rezeki tu datang dari Allah S.W.T
Oleh itu, kalau nak sentiasa murah rezeki, 'berbaik-baiklah' dan 'rapatkanlah' diri denganNya

Tapi kena ingat, rezeki bukan lah duit dan harta semata-mata..
Udara yang kita sedut pun kira rezeki..
Termakan makanan tak sedap pun dikira rezeki tau..anak-anak yang comel, suami atau isteri yang gemuk itu semua adalah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita...


murah rezeki



Salam sayang..Jana




Tuesday, 2 September 2014

6 CARA BERKESAN UNTUK KURANGKAN LOYA DAN MUNTAH KETIKA MENGANDUNG

September 02, 2014 2 Comments
Tahniah anda hamil! Mommy pandang daddy, daddy pandang mommy..mommy tersenyum daddy sengih sampai ke telinga..Dalam hati melompat-lompat kegembiraan. Takkan nak lompat depan doktor...Apa taknya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba..Tapi tak lama kegembiraan tu sebab sejurus kemudian terutamanya bakal mommy dah masuk fasa loya-loya-mabuk-tak-tahan-bau-rasa-nak-muntah...Sabar ye mommy..ni dia beberapa tip berkesan untuk kurangkan loya ketika mengandung


loya dan muntah ketika hamil


Mengapa loya dan muntah semasa mengandung?

Ada banyak teori yang menerangkan mengapa terjadinya loya dan muntah pada peringkat awal kehamilan.
Antaranya ialah mengatakan loya dan muntah terjadi kerana tubuh bertindak balas terhadap hormon kehamilan iaitu hormon chorionic gonadotropin (hCG) yang terhasil pada paras yang paling tinggi pada trimester 1 berbanding trimester 2 dan 3...

Dari sudut positif, simptom loya dan muntah mengingatkan bahawa anda sedang hamil..Makan tak lalu, nak bergerak pun tak larat..itu mungkin sebenarnya cara semulajadi tubuh untuk melindungi kandungan yang masih belum kuat...

Sumber: http://www.webmd.com/baby/features/battle-morning-sickness

Jom semak 6 cara berkesan untuk mengurangkan loya dan muntah ketika mengandung
  • Elak dari perut kosong kerana perut kosong boleh tingkatkan rasa loya dan mual. Makanlah dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan makanan mudah hadam. Elakkan makan makanan berat, berlemak, berempah dan bergoreng.
  • Elakkan stress dan dapatkan rehat yang secukupnya
  • Amalkan vitamin B complex kerana ia mengandungi vitamin B6 yang boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.
  • Amalkan Shaklee Peppermint Ginger Plus. Selain dapat mengurangkan loya ia juga membantu mengatasi masalah pedih ulu hati..
  • Buat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti jika terdapat masalah kesihatan seperti anemia dan tekanan darah rendah. Low Hb juga menyebabkan ibu sentiasa rasa loya dan muntah-muntah semasa mengandung

Ada orang tu suka sangat makan benda-benda masam seperti mangga muda, jeruk, asam boi bagi menghilangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung..Tapi harus berwaspada kerana dalam makanan seperti jeruk dan asam boi ada banyak bahan perasa dan pewarna. Makan banyak-banyak tak bagus untuk kesihatan ye terutamanya untuk perkembangan baby..Silap haribulan boleh menyebabkan cirit birit. Takpun paras gula dalam darah naik.

Jadi sebagai pilihan untuk rasa masam tapi selamat boleh lah kemam Vitamin C Chewable Shaklee...Selamat lagi berkhasiat. Gitu...

Lagi, biasanya bila dah loya sepanjang masa..muntah-muntah..makan pun tak lalu badan pun jadi lembik. Betul tak..Performance Orange Shaklee bila dicampur lemon adalah sangat sedap dan sangat bagus untuk kembalikan tenaga..Rasanya yang masam-masam oren dan ada wangian lemon dapat membantu mengurangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung..



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

So bagi mommies yang sedang mengalami loya dan muntah tu, jangan risau...JUST ENJOY THE MOMENT..Daddies pulak jangan tengok saja, tolong la mana yang patut..picit-picit bahu ke, gosok-gosok betis ke..dukung ke bila nak naik tangga. Dah kata cinta, sayang mestilah susah dan sakit sama dirasai..Gitu...

Vitamin yang saya sangat syorkan untuk ibu-ibu hamil kurangkan loya dan muntah-muntah ketika mengandung ialah Vitalea. Vitalea sangat berkesan untuk membantu kerana salah satu kandungannya ialah komponen vitamin B6 yang berkesan membantu kurangkan loya dan muntah. Vitalea juga ada asid folik dan zat besi yang berfungsi membina sel-sel darah merah yang sihat. Ibu-ibu yang ada masalah hb low sangat disyorkan amik Vitalea ni...Vitalea juga membantu memberikan tenaga dan menyediakan vitamin dan zat mineral yang seimbang. Bebas pewarna, perasa dan pengawet tiruan tau!! Semuanya organik dan semulajadi je




Harga sebotol Vitalea hanya RM88.75 sahaja

Vitalea juga termasuk dalam set vitamin untuk ibu hamil dan sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang ada kencing manis ketika hamil, low hb, anemia dan yang mementingkan nutrisi yang seimbang. Daddy pun boleh ambil atasi tubuh lesu.

Bagaimana nak dapatkan Vitalea Shaklee bagi hilangkan loya dan muntah semasa mengandung? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan hanya klik pada butang order berikut




Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan yang betul



Monday, 1 September 2014

CARA NAK ORDER SHAKLEE

September 01, 2014 0 Comments
Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee..
Mudah sahaja dengan hanya 3 langkah...
Tak perlu pening-pening..

ni dia cara nak order..

pengedar shaklee




pengedar shaklee




pengedar shaklee


Setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi percuma sepanjang penggunaan produk-produk Shaklee, jadual makan yang betul dan tip-tip yang berguna..

Pengedar Shaklee Gombak, Taman Melati & Sentul




PROMOSI SAKAN: INILAH MASANYA UNTUK BORONG COLLAGEN DAN MEAL SHAKES

September 01, 2014 0 Comments
Pagi-pagi dapat info tentang promosi September 2014 yang memang buat saya rasa nak melompat kegembiraan..Suprise! Gamam! Lain dari sebelum ni..Tak pernah-pernah Shaklee buat offer macam ni..Ini adalah kali pertama! Memang istimewa! Rugi kalau tak ambil kesempatan....Dah lah 2-2 pun produk ngetop pilihan ramai..

Sebelum ni pun ramai duk wassap saya tanya pasal Collagen dan bila nak promosi Collagen, maklum la..Collagen ni ramai peminat setia termasuk saya sendiri..Biasa lah, nak cantik kan... Seru punya seru, DIA DATANG! tapi datang dengan Meal Shakes sekali! Boleh buat tema mak gojes anak sihat ceria.....

Promosi sakan inilah masanya untuk borong Collagen dan Meal Shakes


shaklee harga promosi


Apa kelebihan Shaklee Collagen Powder

Bagi yang nak kecilkan liang pori, hilangkan kedut-kedut halus, atasi rambut gugur dan makin nipis..pendek kata untuk kecantikan dan awet muda, Shaklee Collagen Powder lah YANG TERBAIK!

Berdasarkan pengalaman sendiri, Collagen adalah satu-satunya produk yang boleh kecilkan liang pori pada wajah saya dengan berkesan dan sangat pantas..Dalam 5 sachet (pengambilan dalam masa 5 hari berturut-turut) dan boleh nampak kesan terhadap liang-liang pori tu...Lagi, masalah rambut saya yang makin nipis sudah tiada lagi selepas ambil Collagen...

Oh ye, saranan pengambilan Collagen untuk kesan yang terbaik ialah selama 8 minggu berturut-turut iaitu dalam 4 kotak. So, nak jimat? Dapatkan Collagen Shaklee sekarang!

Jom baca testimonial saya tentang Mengecilkan liang pori dan masalah rambut makin nipis
Lagi tentang kecilkan liang pori dan kurangkan blackhead


Apa kelebihan Meal Shakes

Bagi yang ada anak-anak mengalami sembelit, mudah demam, tiada selera makan...ini lah 'penyelamat'. Amat disyorkan untuk kanak-kanak yang sedang membesar..

Ini stok WAJIB ada dirumah saya. Selepas amalkan Meal Shakes, anak-anak saya tiada lagi masalah sembelit, mudah demam dan selera makan pun bertambah baik...

Jom baca lebih lanjut tentang Meal Shakes


Jadi, jika anda sedang berkira-kira hendak mendapatkan Collagen dan Meal Shakes, ini lah masanya..Jom dapatkannya hari ini. Promosi ni hanya valid untuk bulan SEPTEMBER 2014 je tau..Rugi kalau tak ambil peluang ini.

Berminat untuk order atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi saya disini. Saya sedia membantu anda....Saya pengedar Shaklee Gombak, Greenwood, Selayang

pengedar shaklee gombak








Friday, 29 August 2014

OMEGA GUARD DAN ALFALFA SHAKLEE BANTU AYAH SEMBUH DARI PENYAKIT GOUT YANG DIHIDAPINYA SELAMA 20 TAHUN

August 29, 2014 0 Comments
Pagi tadi ada wassap dengan customer tentang gout..Dia dapat info dari entry saya yang sebelum ni tentang vitamin untuk pesakit gout. Dia nak belikan untuk mak dia...Saya suggest kat dia beberapa pilihan ikut bajet dia...samada Vivix, Omega Guard & Alfalfa...
Tengah-tengah wassap tu teringat pula kisah tentang pesakit gout yang telah berjaya mengawal penyakitnya..Saya ada bercerita dengan beliau pasal ni..So kali ni nak bercerita juga dengan anda semua, kut-kut ada yang sedang berikhtiar mencari penawar untuk penyakit gout...
Omega Guard & Alfalfa bantu ayah sembuhkan penyakit gout yang dihidap selama 20 tahun!
Ini kisahnya ***

KISAH BENAR 
----------------------
[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]
Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun.Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon.Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.
Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan.katanya kakinya amat sakit.nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.
“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”
Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu.Terbantut nak bersukaria.Hari yang gembira bertukar menjadi duka.Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta.Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran.Ayah diberi Pill Killer.
Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang.Dah jadi macam gula-gula.Goutnye kerap bertandang.Sekarang makin teruk.Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan.Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu.Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir.
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut.
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan.Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap…Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih.
1 hari..tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee.Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan.Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali.wahh menarik!!teruja saya nak berikan kepada ayah saya.Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol.tiba waktu makan,saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALAFA?”
Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat.Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.
Hari yang cerah.Ayah baru pulang dari cek up di hospital.Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.
“Kertas apa ni?”
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
“Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah
Dah setahun ayah bersama Shaklee…saya asyik intai je kakinya.tiada lagi bengkak…tiada jalan hinjut-hinjut…tiada nanah besar-besar.
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…
Terima kasih Allah…..
testimonial vitamin shaklee untuk penyakit gout

"..Why i love this amazing company....Not a ringgit was earned without somebody first helping somebody else become healthier, giving somebody an opportunity to have better life for their family, making planet a more sustainable place.."~CEO Shaklee Corporation

*****
Terharu dan gembira..masa mula-mula saya baca kisah ini, bergenang air mata..dapat dibayangkan perasaan seorang anak yang berjaya membantu ayahnya pulih dan dapat menjalankan kehidupan dengan sihat dan ceria..
Alhamdulillah~~~

Semoga entri testimonial ini dapat dijadikan panduan bagi membantu lebih ramai mereka yang sedang menderita penyakit gout untuk pulih..Ketahuilah, produk Shaklee adalah 100% selamat, berkesan, mesra alam dan yang paling penting dijamin halal....




Thursday, 28 August 2014

TRIP BERTARAF 5 BINTANG KE ITALY 2015 BERSAMA SHAKLEE BUKAN HANYA MIMPI

August 28, 2014 2 Comments
Saja nak bakar semangat sendiri..Sapa lagi nak bawak pergi melancong oversea tanpa keluarkan duit sesen pun. Modal pun cuma RM75 iaitu masa daftar jadi ahli..
Mungkin bagi orang lain, eleh setakat pergi Italy tak heran..Tapi bagi saya, anak kampung yang belum pernah melangkah kaki ke luar negara, peluang sebegini tak patut dipandang sebelah mata..

Pastu bukan je dapat pergi melancong,
dapat lagi duit poket..
makanan halal disediakan khas..
Duk hotel 5 bintang..
Layanan 5 bintang..

Pejam mata sat, bayangkan....





Tahun depan ke Italy!
Shaklee sponsor..trip 5 bintang yea...

YEAY!!!!



Jana Hazana
ID908814
017-3125484

Wednesday, 27 August 2014

VITAMIN TERBAIK UNTUK PELAJAR HILANGKAN MENGANTUK DAN TINGKAT PRESTASI PEMBELAJARAN

August 27, 2014 0 Comments
Bagi pelajar tak kira lah peringkat sekolah rendah ke, universiti ke perkara paling penting yang mesti dijaga ialah kecerdasan minda dan kesihatan fizikal. Minda yang kurang cerdas akan menyebabkan gejala kurang fokus dalam pembelajaran, mudah hilang tumpuan, lemah daya ingatan dan sering mengantuk ketika dalam kelas..Kesihatan fizikal juga amat penting kerana ia boleh mempengaruhi otak dan daya pemikiran..fizikal yang lemah menyebabkan mudah letih, penat, lesu, stress, mudah demam dan selsema, migrain dan kurang bersemangat..

vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk


Antara punca utama mengantuk dalam kelas ialah faktor pemakanan antaranya tidak mengambil sarapan pagi yang berkhasiat. Sarapan pagi yang berkhasiat amat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan. Gemar memakan jajan atau 'junk food' boleh menganggu kadar bekalan oksigen ke otak. Oleh itu ia akan menyebabkan otak kurang cergas dan lemah daya ingatan. Tabiat tidur lewat malam juga menjadi punca mengantuk dalam kelas.

Sebagai pelajar, kalau boleh tak nak mengalami perkara-perkara diatas ye...Mesti sentiasa sihat, cergas dan cerdas baru boleh cemerlang, cerah masa depan..Vitamin minda terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran boleh bantu pelajar supaya badan sihat otak cerdas adalah set vitamin yang membantu menyihatkan badan, tingkatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak.


suplemen untuk pelajar


BComplex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B iaitu termasuk 100% biotin dan asid folik yang sangat penting untuk saraf tunjang dan pengeluaran tenaga. Ia juga bagus untuk mata dengan tingkatkan kualiti penglihatan dan elak mata letih..

Omega Guard mengandungi 98% lemak Omega-3 yang membekalkan DHA, EPA dan ALA yang sangat penting untuk sel-sel otak berhubung.  Mereka yang mengamalkan Omega Guard nyata mempunyai daya ingatan, daya tumpuan yang lebih tinggi dan daya penyelesaian masalah yang lebih cekap.

ESP membekalkan protin yang lengkap dengan vitamin dan mineral termasuk kalsium yang penting untuk keperluan tubuh. Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh.

Kelebihan lain bagi vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran selain dari untuk badan sihat dan minda cerdas adalah ia boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Bila badan cergas dan bertenaga maka kita mudah bangun pagi dan tiada masalah sering mengantuk dalam kelas..

Baca: Cara atasi badan lesu dan lemah


Hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran dengan vitamin bermula hari ni. Bertindaklah sekarang. Dapatkan vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran ini dari saya dengan menghubungi saya ditalian berikut

vitamin untuk pelajar


Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesa via POSLAJU & GDEX




Follow Instragram Jana_Hazana