Thursday 30 August 2018

Inilah cara saya ubati derita migrain sepenuhnya

August 30, 2018 0 Comments
Ini kisah jana sendiri mengalami sakit migrain sejak zaman sekolah hingga ke zaman bekerja. Boleh dikatakan hampir setiap bulan mesti kena migrain. Terpaksa MC.

Jana tak boleh cuaca panas, tak boleh stress, tak boleh tersalah makan.. tersilap sikit maka datanglah migrain. Walaupun dah kawal, berpantang sebaik boleh. Migrain tetap datang bila-bila masa ia nak datang. 

Bahagian tertentu kepala rasa sakit berdenyut-denyut, mata silau, pening berpusing rasa macam nak tumbang, badan rasa seram sejuk, loya & muntah, cirit birit semua datang sekaligus.





Bila sakit kepala migrain tu, bukan boleh makan ubat tahan sakit dan terus sambung kerja. Kesan ubat tahan sakit tu agak lambat jadi sakit migrain tak hilang sepenuhnya. Macam takde kesan sangat. Setiap 6 jam kena repeat telan ubat penahan sakit. 

Tiada pilihan, terpaksa jana hadap serangan migrain tu bertahun lamanya. Adakalanya sakit kepala migrain berlarutan hingga 2 hari. Hari ke 3 pun masih rasa berdenyut-denyut dan silau belum betul-betul hilang.

Serik. Memang jana taknak migrain. Tak suka. Tapi masa tu, apa boleh buat?

Terfikir juga, sampai bila asyik nak kena migrain dan terpaksa bergantung pada ubat tahan sakit je? 

Sakit kepala migrain ni sangat sangat dan menyeksakan ooii.. jangan main-main.

Jom dengar pengalaman sebenar Jana hadapi masalah migrain dan cara paling berkesan untuk hilangkannya dengan cepat serta cegah dari berulang.






Untuk hilangkan migrain, bukan kena cari ubat migrain paling kuat. Tapi kena atasi dari puncanya. Selagi tak atasi migrain dari puncanya, selagi itu lah ia akan kerap menyerang.

Sebenarnya, kita selalu menganggap punca migrain seperti

  • Kafein
  • Perubahan cuaca
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Resdung
  • Makan tak teratur
  • Angin
  • Perubahan hormon

TETAPI yang sebenarnya ia cuma adalah pencetus terjadinya serangan migrain. Bukan punca yang memulakan migrain.

Kita boleh cegah migrain dengan mengelak pencetus migrain diatas tapi masalah migrain tetap takkan hilang.




Ini punca sebenar migrain.


1. Ada doktor perubatan pernah bagitau, 

Dalam tubuh pesakit migrain selalunya mengandungi sejenis asid amino iaitu asid homocysteine yang tinggi.

Asid homocysteine ni terhasil akibat perubahan mutasi pada genetik. Asid homocysteine ni juga telah terbukti boleh menyebabkan salur darah tersumbat,seterusnya jadi punca strok dan penyakit koronari.



Kajian menunjukkan, pengambilan vitamin B6, B12 dan asid folik terbukti menurunkan paras asid homocysteine dengan berkesan hingga 40%.


2. Kekurangan magnesium punca migrain dan sakit kepala.


Dalam tak sedar, ramai diantara kita kekurangan magnesium dalam diet harian.

Kajian menunjukkan, pengambilan magnesium secara konsisten berkesan mengurangkan insiden migrain sebanyak 41%.


3. Keradangan pada salur darah

Ada pendapat dari pakar kesihatan, salur darah dalam kepala yang mengembang dan menguncup secara mengejut menjadi punca migrain.





Perasan tak, bila dah selalu sangat migrain lama-kelamaan ubat tahan sakit makin tak berkesan. 

Sebab tu ada makan ubat pun migrain tak sembuh. Makan ubat macam takde kesan. Tu yang ramai cari ubat migrain paling kuat. Hingga ada yang terpaksa masuk wad.

Ubat takkan sembuhkan migrain, ubat cuma menahan kesakitan migrain buat sementara waktu.




Cara untuk hilangkan migrain sepenuhnya ialah kita kena pastikan punca sebenar migrain ni terkawal.

Cukupkan keperluan tubuh terhadap vitamin B, Magnesium, serta banyakkan makanan bersifat antiradang seperti Omega 3 dan Polifenol.



ubat migrain


Sejak jana makan vitamin ni, serangan migrain tak datang langsung dah. Alhamdulillah. 

Jika dulu tak boleh panas.. sekarang rilek je main panas, boleh pergi pantai, boleh memandu dalam keadaan silau cermin kereta depan, penat atau tak cukup tidur atau pun makan makanan kegemaran iaitu terung sambal tempe.

Jika dulu bila dekat nak period mesti kena standby takut migrain datang, sekarang ok je. 

Jika dulu tak boleh minum teh ais kaw, takleh minum nescafe, tak boleh makan terung, tak boleh tengok cahaya terang.. sekarang semua dah boleh. Alhamdulillah..

Bahagianya rasa.



Set Vitamin ini bukan setakat bantu atasi migrain, tapi banyak lagi faedah untuk kesihatan yang jana perolehi.  

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang sering diserang sakit kepala migrain juga macam jana. 


Jika anda sedang menderita sakit migrain atau kenal sesiapa yang sedang menderita migrain jana syorkan untuk amalkan Set Migrain Shaklee ini.




Order

===========================
Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================






Tuesday 28 August 2018

Apa itu Vivix. Apa kebaikannya & untuk siapa

August 28, 2018 0 Comments
Makin famous Vivix sekarang ni. Tapi yang pasti lebih ramai peminat Vivix. 

Mungkin ada yang kali pertama dengar nama Vivix. Tertanya-tanya, apa itu Vivix? Apa kebaikan Vivix? Vivix untuk siapa?

Sebelum jana explain lebih lanjut tentang Vivix ni, jana nak bagitau semua bahawa semua maklumat berkenaan Vivix dalam entry ini adalah berdasarkan panduan dari doktor dan pakar nutrisi. 



Apa itu Vivix?


Vivix merupakan minuman campuran botani yang merupakan revolusi terkini dalam teknologi pemakanan polifenol. Vivix Shaklee mengandungi 4 campuran unik iaitu anggur muscadine, purple carrot, European Elderberry dan Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun).



apa itu vivix shaklee


Keistimewaan bahan-bahan dalam Vivix Shaklee


Anggur Muscadine 


Anggur hebat ini merupakan anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, lebih 1 berbanding anggur biasa. Ini menjadikan anggur muscadine menyediakan lebih banyak faedah terhadap kesihatan, mempunyai fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.

  • Mengandungi asid ellagik yang sangat pekat, sejenis phyto-nutrien yang tidak ditemui dalam anggur jenis lain.
  • Asid ellagik telah menunjukkan keupayaan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • Mengandungi antioksidan 80kali ganda berbanding anggur biasa dan paling tinggi dalam kebanyakan buah yang pernah dikaji.

Purple Carrot

Sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk anthocyanins yang mempunyai aktiviti antioksidan teramat tinggi.
  • Mengandungi asid klorogenik yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan kopi.
  • Mempamerkan banyak aktiviti antioksidan, antiradang, antimikrobial dan anticarcinogen.
  • Memberi kesan positif terhadap salur darah, platelet dan lipoprotin yang berupaya mengurangkan penyakit koronari jantung.

Elderberry

  • Berkesan mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.
  • Mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Bersifat antiradang.
  • Mengurangkan simptom sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan influenza atau selsema.
  • Melawan penyakit asma, jangkitan kulat, sesak dada, tersumbat hidung dan diabetes.
  • Menurunkan kolesterol 
  • Menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap antara punca penyakit kardiovaskular.
  • Beri perlindungan terhadap penyakit jantung, strok dan serangan jantung.
  • Mengurangkan stress, baiki penglihatan dan penghadaman.

Polygonum Cuspidatum

Turut dikenali sebagai Japanese Knotweed, merupakan tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, Amerika Utara dan Eropah. Ia adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah.
  • Resveratrol mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.
  • Banyak digunakan dalam perubatan tradisional cina.
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah
  • Tingkat prestasi atlet
  • Kurangkan berat badan

Dengan gabungan polifenol dan resveratrol menjadikan Vivix 10x ganda lebih kuat dari resveratrol sahaja.


vivix tu apa


Bagaimana Vivix berfungsi


Dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

1. Melindungi dan membaiki sel DNA


Setiap hari, sel-sel tubuh kita diserang oleh jutaan radikal bebas yang merosakkan DNA. Serangan ini menyebabkan kerosakan pengkalan data genetik menghasilkan typo yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur.

2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik


Dalam satu penemuan utama, ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan sel.

3. 
Galakkan penghasilan tenaga sel

Apabila kecekapan mitokondria (penjana tenaga dalam sel) menurun, fungsi sel turut menurun. Vivix Shaklee menggalakkan pembentukan baru mikondria sekaligus tingkat penghasilan tenaga sel.


apa itu vivix shaklee


4. Melambatkan penimbuan protin AGE 


Penimbunan protin AGE (Advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakan sel. 




Kebaikan & keistimewaan Vivix Shaklee untuk kesihatan


  • Menggalakkan penuaan sihat 
  • Mencegah kanser - merencat perkembangan sel kanser
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan sendi
  • Mengurangkan insiden nyanyuk
  • Membantu pulihkan strok
  • Membantu pulihkan parkinson
  • Meningkatkan imun
  • Menyokong kesihatan otak
  • Menyokong kesihatan kardiovaskular
  • Menyokong kesihatan menyeluruh
  • Bantu detoks nikotin - kurangkan simptom withdrawal semasa berhenti merokok 


Ujian makmal menunjukkan pengguna Vivix mempunyai body age 25 tahun lebih muda.

Ramai sudah tahu vitamin C dan vitamin E adalah terbaik untuk kulit. Namun ada kajian menunjukkan resveratrol berkesan melindungi sel-sel kulit sebanyak 93% manakala vitamin C 37% dan vitamin E 63%.

Mana lebih hebat?




Apa kata pengguna Vivix


testimoni vivix shaklee

vivix shaklee untuk kanser

vivix bell palsy


vivix untuk strok

testimoni vivix shaklee

testimoni vivix shaklee



Syarikat Shaklee melabur jutaan dolar untuk kajian dan pembangunan produk bagi memastikan ianya sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================




Monday 27 August 2018

Bell's Palsy: Ketahui punca dan siapa yang berisiko tinggi

August 27, 2018 0 Comments
Baru-baru ni ada seseorang wassap jana tanya tentang vitamin untuk bantu pesakit bell's pallsy. Terus teringat ada sahabat Shaklee yang kongsi pengalaman beliau mengalami bell's pallsy.

Bell's palsy adalah penyakit pada saraf yang mengawal otot-otot muka tiba-tiba rosak atau berhenti berfungsi. Penyakit Bell's Palsy selalunya bersifat sementara. Tapi ada juga yang mengalaminya seumur hidup.


merawat bell's palsy



Cri-ciri penyakit Bell's Palsy akan muncul secara tiba-tiba pada sebelah muka. Diantaranya ialah:
  • Perubahan mendadak otot sebelah muka dari lemah ke lumpuh
  • Kelopak mata kaku dan tak boleh tutup sepenuhnya.
  • Mulut senget, sukar buat ekspresi wajah seperti senyum
  • Air liur meleleh disebabkan bibir mulut tak dapat dikawal
  • Sakit pada rahang atau belakang telinga pada sebelah yang terkena
  • Sakit kepala
  • Peningkatan sensitivi terhadap bunyi
  • Hilang deria rasa
  • Perubahan pada jumlah air mata dan air liur


Punca penyakit Bell's Palsy

Walaupun punca sebenar Bell's Palsy belum dapat ditentukan, ia selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus.

Saraf yang mengawal otot muka akan melalui laluan antara tulang yang sempit untuk sampai ke otot bahagian muka. Bagi pesakit Bell's Palsy, saraf tersebut mengalami keradangan dan membengkak. Biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

Selain memberi kesan terhadap otot, saraf turut memberi kesan terhadap air mata, air liur, deria rasa dan tulang kecil ditengah telinga.

Bell's Palsy juga dikaitkan dengan selsema, tekanan darah tinggi, jangkitan telinga tengah, ketumbuhan, kecederaan tengkorak dan beberapa lagi.

Bell's Palsy bukan strok.



Siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami Bell's Palsy.

Sesiapa sahaja berisiko untuk mengalami Bell's Palsy. Tetapi golongan berikut mempunyai risiko tinggi:

  • Pengidap kencing manis
  • Mengandung
  • Mengalami masalah paru-paru
  • Mempunyai sejarah keluarga mengalami Bell's Palsy 


merawat bell's palsy supaya cepat sembuh


Berbalik pada sahabat Shaklee jana tadi, beliau juga mengamalkan vitamin yang sama iaitu Vivix, Vita-E Complex, Bcomplex serta Omega Guard diikuti dengan fisioterapi untuk masalah Bell's Palsy yang dihadapinya itu. Alhamdulillah, selepas 90 hari beliau sembuh dari penyakit Bell's Palsy dan berpeluang semula untuk senyum.


Vivix

Mengandungi polifenol resveratrol yang berkesan bertindak dalam 4 mekanisme iaitu melindungi dan membaik sel DNA, mengawal selia genetik, tingkat pengeluaran tenaga sel dan melambatkan penimbunan protin AGE (Advanced Glycation End Products).

Vivix bersifat sangat tinggi antioksidan berupaya menghapuskan serangan radikal bebas, tingkat sistem imun dan melawan jangkitan virus.


B-Complex


Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B diantaranya berfungsi memelihara kesihatan fungsi saraf, melawan tekanan, meredakan sakit kepala, migrain, kemurungan dan insomnia.


Vita-E Complex


Lengkap dengan selenium semulajadi yang berfungsi memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan otot serta melancarkan peredaran darah. Menurunkan tekanan darah.


Omega Guard


Omega 3 bersifat antiradang semulajadi oleh itu ia bertindak meredakan keradangan secara efektif.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok, DHA & EPA menentang trombosis, menurunkan tekanan darah tinggi dan kepekatan darah.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan meredakan ketegangan pada leher serta sakit kepala.


Lagi testimoni Bell's Palsy sembuh setelah ikhtiar dengan Vivix


testimoni bell palsy sembuh

bell palsy sembuh


Penyakit itu adalah ujian. Setiap penyakit ada penawarnya. Mudah-mudahan vitamin-vitamin ni dijadikan ikhtiar alternatif untuk sembuh dengan lebih cepat dan capai kesihatan yang lebih baik.

Jaminan Shaklee ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam, lulus KKM dan halal.


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================






Berjaya kecutkan cyst ovari tanpa pembedahan

August 27, 2018 0 Comments
Assalamualaikum. Selamat datang dan semoga semua pembaca blog jana ni dikurniakan kesihatan yang terbaik.

Sebut pasal cyst pasti ramai wanita rasa gerun. Antara yang paling ditakuti ialah cyst ovari (ovarian cyst). Cyst ovari ialah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh pada ovari.

Walaupun bukan kanser tetapi cyst ovari tetap boleh membahayakan jika tak dikawal dan dirawat dengan betul serta perlu dibedah.

Ikhtiar kecutkan cyst dengan cepat dan berkesan tanpa perlu pembedahan.




Tanda-tanda cyst ovari

Kebiasaannya cyst ovari tak mempunyai sebarang tanda atau simptom. Kebanyakan wanita hanya menyedarinya secara tak sengaja ketika pemeriksaan rutin imbasan janin oleh doktor.

Cyst ovari yang membesar mungkin memberi tanda-tanda berikut:

  • Sakit pada bahagian pelvik dan bawah belakang ketika haid
  • Sakit apabila ada pergerakan usus besar
  • Sakit ketika berhubungan kelamin
  • Perut rasa kembung dan bengkak
  • Kesakitan yang teruk disertai  pening dan muntah
  • haid tak teratur,




Cyst ovari boleh muncul dan hilang dengan sendiri.

Tapi atas sebab tertentu cyst ovari muncul tapi tak hilang dan terus membesar hingga mengganggu kitaran haid, sebabkan pendarahan, mengganggu kesuburan, sukar hamil dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mengalami masalah cyst semakin membesar hingga mengganggu kesihatan, perlu dapatkan rawatan yang betul dari doktor yang bertauliah. 



Testimoni mereka yang sudah mencuba ikhtiar untuk kecutkan cyst cara Shaklee


cara nak kecutkan cyst ovari


cara nak kecutkan cyst


petua hilangkan cyst


Pemakanan yang betul dapat membantu mengecutkan cyst ovari. 


Bagaimana vitamin-vitamin Shaklee ni membantu mengecutkan dan menghilangkan cyst ovari dengan berkesan dan selamat

GLA Complex

Sumber Omega-6 terbaik yang mengawaselia hormon testosteron dan progesteron yang mempengaruhi pembesaran cyst ovari. Turut bertindak sebagai antiradang, halang pembekuan darah dan kawal pertumbuhan mendadak tisu-tisu tubuh.


Vivix

Kuasa polifenol resveratrol menyekat pertumbuhan dan perkembangan sel-sel abnormal. Membaiki sel, hapuskan serangan radikal bebas serta membaiki typo pada DNA. Vivix bertindak dengan 4 mekanisme iaitu melindungi sel, mengawal kemerosotan genetik, tingkat penghasilan tenaga sel serta lambatkan penimbunan protin AGE (advanced glycation end products).

Carotomax

Mengandungi fitokimia penting membran mukosa dan tinggi antioksidan penting yang membunuh xenoestrogen dalam masa yang sama melindungi ovari dari cyst dan fibroid dari kembali tumbuh.



Jaminan Shaklee menjadikan ia sangat diyakini


  • Dibangunkan oleh R&D yang komprehensif oleh saintis.
  • Produk mempunyai kajian klinikal serta landmark study yang mengesahkan tahap keberkesanan dan keselamatan produk.
  • Wujud lebih 100 tahun (lebih 50 tahun di Malaysia).
  • Selamat, berkesan dan sentiasa mesra alam
  • Produk Shaklee sangat diyakini hingga digunakan untuk tingkat daya ketahanan tubuh angkasawan NASA serta atlet antarabangsa.
Ketika syarikat lain melaburkan berjuta-juta duit untuk tujuan pengiklanan dan duta produk, Shaklee melaburkan berjuta-juta duit untuk tujuan kajian dan pembangunan produk untuk menjamin kualiti.


Dengan tunjuk ajar dan panduan dari doktor dan pakar nutrisi, jana sediakan konsultasi yang terbaik untuk setiap pelanggan jana supaya dapat kecutkan cyst dengan berkesan.


Saya nak order Shaklee untuk kecutkan cyst!

Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)


Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Monday 20 August 2018

Review pengguna Shaklee Youth Skincare

August 20, 2018 0 Comments

Review SHAKLEE YOUTH SKINCARE :

SHAHIZAN RAHIMI
.

[MUKA PECAH RUMAH]
.

Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.
.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.
.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.
.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.
.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.
.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTHdilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni".
.

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.
.

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.
.

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.
.

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam#VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".
.

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin #YOUTH Che Yan.
.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.
.

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
.

Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.
.

Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.
.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.



testimoni youth shaklee



Sunday 19 August 2018

Ciri-ciri sunblock yang bagus untuk kulit orang Malaysia

August 19, 2018 0 Comments
Salah satu syarat wajib untuk memelihara keremajaan dan kecantikan kulit adalah pakai sunblock.Tak kira usia, jantina selagi ada kulit serta pancaran sinaran matahari selagi itu lah wajib pakai sunblock.

Tabiat rajin pakai sunblock adalah salah satu tabiat yang mencantikkan kulit tambah-tambah kat Malaysia ni yang sedia maklum menerima pancaran matahari terik sepanjang hari. 

Untung la sapa yang rajin tu. Tapi lagi untung dan bijak jika dia tahu memilih ciri-ciri sunblock yang bagus.

sunblock paling bagus



Sunblock bukan hanya untuk yang nak berjemur tepi pantai atau tepi kolam aje. Sunblock adalah satu antara rejim penjagaan kecantikan kulit pada waktu siang. 

Ingat, walaupun kita sedang berada dalam bangunan, dalam rumah tetap kena pakai sunblock. Sinaran matahari tetap boleh masuk dan merosakkan kulit kita.

Haba dari memasak juga boleh menjadikan kulit cepat rosak dan nampak tua.



Sunblock berfungsi sebagai pelindung kulit dari pancaran sinaran matahari.

Sinaran matahari ada 2 jenis sinaran iaitu sinar UVA dan sinar UVB.

Sinar UVA tembus jauh kedalam dermis kulit berupaya memberi kesan penuaan pada kulit. Antaranya kulit jadi berjeragat, berkedut, kusam, malah boleh menyebabkan kanser kulit.

Sinar UVB menyerap ke lapisan epidermis iaitu luar kulit memberi kesan gelap pada kulit. Antaranya kulit jadi berbelang, gelap dan mengelupas.

Untuk kulit awet muda, sihat dan cantik yang berpanjangan, kita mesti beri perlindungan kulit terhadap kedua-dua sinar UVA dan UVB ni.


tip pillih sunblock bagus
Sunblock apabila dilihat guna sinar uv



Ciri-ciri sunblock yang bagus untuk penduduk Malaysia

Semua pun tahu kan kedudukan negara Malaysia betul-betul pada garisan khatulistiwa. Ini bermakna, setiap tahun negara kita akan dapat sinaran matahari yang terik sepanjang hari, sepanjang tahun. Nak tak nak, setiap orang mesti pakai sunblock pada waktu siang.

Jadi untuk pastikan kita memilih sunblock yang benar-benar bagus, jom pastikan sunblock mempunyai ciri-ciri berikut.


1. Memberi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB

Sunblock mengandungi SPF yang bermaksud Sun Protection Factor. SPF mengukur tempoh serta kekuatan untuk beri perlindungan pada kulit kita.

Pilih sunblock yang ada SPF Broad Spectrum. SPF Broad Spectrum akan melindungi kulit kita dari kedua-dua jenis sinar matahari UVA dan UVB.

Jika sunblock anda takde tulis 'SPF Broad Spectrum', hanya 'SPF' atau 'PA++' sahaja..Sila bertukar jenama sunblock anda sekarang kerana ia tak berkesan untuk beri perlindungan secara maksimum.



2. Memberi perlindungan yang kuat

Pernah tengok produk sunblock dengan SPF 15, SPF 30, SPF 50 kan? Itu menunjukkan tahap kekuatan sunblock tersebut dalam melindungi kulit kita dari sinaran matahari.

Ini cara kira SPF:

Contoh SPF 30.

(30-1)/30 = 0.97

Ini bermaksud produk sunblock dengan SPF 30 ni dapat lindungi kulit kita sebanyak 97% sinaran matahari.


Contoh SPF 50

(50-1)/50 = 0.98

Ini bermaksud produk sunblock dengan SPF 50 melindungi kulit sebanyak 98%.


sunblock paling bagus



Ikut kesesuaian warna kulit

Orang yang berkulit cerah mempunyai kadar bertahan lebih pendek berbanding orang berkulit gelap. Ini disebabkan orang kulit gelap mempunyai melanin yang lebih tinggi.

Kulit cerah 10 minit.
Kulit kuning langsat 15 minit.
Kulit sawo matang 20 minit.

Contoh orang berkulit putih guna sunblock dengan SPF 30.

Selalunya tempoh bertahan bagi orang berkulit putih 10 minit. Oleh itu jika dia guna SPF 30, maka 10 x 30. Oleh itu, tempoh bertahan bagi beliau untuk berada dibawah sinaran matahari dengan selamat ialah  300minit.


Banyak pendapat mengatakan memadai dengan SPF 30. Tapi menurut hasil kajian saintis berdasarkan cuaca panas seperti Malaysia ni, SPF 50 lebih sesuai.


3. Melindungi, melembapkan serta membekalkan nutrisi pada kulit

Ciri-ciri sunblock yang bagus bukan setakat melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari tetapi juga beri perlindungan antioksidan, tapi dalam masa yang sama bantu memelihara kelembapan kulit dan bekalkan nutrien terus pada kulit.



Youth Age Defense Moisturizer - SPF 50

sunblock paling bagus untuk orang malaysia






  • Memberi perlindungan kulit bukan sekadar dari sinaran matahari tapi dalam masa sama turut melembapkan dan bekalkan nutrisi pada kulit



  • Perlindungan dengan SPF 50 Broad Spectrum (UVA & UVB) tanpa bahan kimia bahaya.



  • Antioksidan berpaten melindungi kulit dari serangan radikal bebas.



  • Marin biopolimer semulajadi melindungi dari pencemaran.



  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



  • Dikhaskan untuk kulit orang Malaysia.


sunblock youth shaklee


Ini lah ciri-ciri sunblock yang bagus untuk kulit orang Malaysia. 

Memang tak dapat dinafikan Youth Age Defense Moisturizer SPF50 menepati ciri-ciri sunblock yang paling bagus untuk orang Malaysia. 

Jangan tunggu lagi, jom dapatkannya segera dan lindungilah aset kita yang berharga ini iaitu kulit yang sihat dan cantik tanpa cela.



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



sunblock paling bagus


   






Saturday 18 August 2018

Testimoni Shaklee Youth Skincare

August 18, 2018 0 Comments
Sejak Shaklee Youth Skincare dijual pada Mac 2018, permintaan pasaran makin ramai. Rata-rata yang dah try Shaklee Youth Skincare ni bagitau kulit lebih lembap dan jerawat cepat kecut.

Betul. Jana sendiri dah 2 bulan guna Youth skincare ni. Memang jerawat cepat sangat kecut. Kulit lebih lembap dan lembut. Dari pencuci hingga ke krim malam, semua best. Sedap pakai tak melekit atau berminyak.

Ni antara testimoni pengguna Shaklee Youth Skincare.


Shaklee Youth Skincare

skincare untuk jerawat pasir

skincare untuk kulit berminyak

shaklee youth skincare




Berbeza juga pada individu. Bagi yang turut mengamalkan vitamin Shaklee secara konsisten akan dapat kesan yang lebih cepat.

Ye lah, kulit wajah kita ni berkait rapat dengan kesihatan dalaman. Kalau sel-sel kita kering tak cukup nutrisi, akan jelas muncul tanda-tandanya pada kulit.

Contohnya masalah liang pori besar. Apabila tubuh kurang kolagen, sebab tu liang pori besar-besar. Jadi walaupun dah guna Youth Shaklee, tetap kena topup kolagen juga. Sama juga dengan parut berlubang, jerawat kronik serta jeragat.

Shaklee Youth Skincare 100% semulajadi, beyond organic. Yang pasti, dengan menggunakan Shaklee Youth Skincare anda dah selamat dari lebih 1,500 bahan kimia terlarang yang memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

shaklee youth skincare jerawat


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================




Thursday 16 August 2018

10 Makanan bagi Pesakit Diabetes Bantu kawal gula dalam darah

August 16, 2018 0 Comments
Pemilihan makanan yang betul akan beri manfaat terbaik untuk kesihatan. Terutamanya bagi mereka dengan masalah kesihatan.

Untuk pesakit diabetes, sangat penting untuk memilih makanan yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah agar komplikasi penyakit kencing manis dapat dielakkan.

Ini 10 jenis makanan bagus untuk bantu pesakit diabetes kawal gula dalam darah


Sumber 



1. Ikan berlemak


makanan untuk diabetes



Ikan berlemak adalah makanan paling berkhasiat di dunia. Ikan berlemak mengandungi tinggi  asid lemak omega-3 iaitu DHA dan EPA.

DHA dan EPA melindungi sel lapisan salur arteri jantung, mengurangkan penanda keradangan dan membaikpulih cara arteri berfungsi selepas makan.

Pesakit diabetes berisiko tinggi untuk menghadapi masalah jantung dan strok, dengan omega 3 yang mencukupi dapat menghalangnya terjadi.

Ikan salmon, ikan bilis, ikan sardin adalah diantara ikan berlemak yang kaya dengan omega 3.

Ikan juga kaya dengan protin yang berkualiti tinggi yang membantu kita cepat kenyang dan tingkat kadar metabolisme.




2. Sayuran berdaun hijau


makanan untuk kencing manis



Seperti yang telah diketahui, sayuran berdaun hijau sangat berkhasiat dan rendah kalori.

Ia kaya dengan serat, vitamin, zat mineral termasuk kaya dengan vitamin C.

Kajian telah membuktikan, penambahan pengambilan vitamin c dalam diet harian berupaya mengurangkan penanda keradangan dan merendahkan paras gula ketika puasa dikalangan pesakit diabetes jenis 2 serta pesakit darah tinggi.

Sayuran berdaun hijau juga kaya dengan antioksidan yang berfungsi melindungi kerosakan daya penglihatan akibat komplikasi diabetes seperti katarak.




3. Kayu manis


makanan untuk kencing manis

Kajian ada menunjukkan, kulit kayu manis boleh menurunkan paras gula dalam darah dan baikpulih sensitiviti sel terhadap insulin.

Dalam satu kajian, pesakit diabetes jenis 2 mengambil kulit kayu manis selama 90 hari telah mengalami penurunan hemoglobin A1c sebanyak 2 kali ganda, berbanding mereka yang menerima rawatan biasa.




4. Telur


makanan kawal gula dalam darah
Telur merupakan makanan terbaik untukmembantu beri kita rasa kenyang untuk tempoh yang lama.

Makan telur secara kerap boleh membantu merendahkan risiko penyakit jantung dalam beberapa cara.

Telur mengurangkan keradangan, baikpulih sensitiviti sel terhadap insulin, tingkat kolesterol baik 'HDL' serta memperbaiki saiz  dan bentuk kolesterol jahat 'LDL'

Dalam satu kajian, pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil telur secara konsisten setiap hari sebagai sebahagian dari diet tinggi protin telah mengalami penambahbaikan terhadap paras kolesterol dan gula dalam darah.

Pastikan makan keseluruhan telur untuk manfaat nutrien yang terbaik.



5. Chia Seed



makanan kawal gula dalam darah


Chia seed adalah makanan  yang sangat bagus untuk pesakit diabetes kerana chia seed sangat tinggi kandungan serat.

Chie seed boleh bantu kita kawal berat badan kerana serat tinggi bantu beri kita rasa kenyang yang berpanjangan. Tambahan pula, chia seed mengurangkan penyerapan kalori dari makanan yang diambil bersama.




6. Greek yogurt


makanan kawal gula dalam darah



Greek yogurt adalah pilihan produk tenusu paling sesuai untuk pesakit diabetes. Dalam setiap hidangan greek yogurt mengandungi karbohidrat yang lebih rendah serta protin lebih tinggi berbanding yogurt biasa.

Ia telah menunjukkan keupayaan mengawal gula dalam darah dan menurunkan risiko penyakit jantung.



7. Kunyit


pemakanan untuk diabetes



Bahan aktif kunyit boleh merendahkan paras gula dalam darah serta mengurangkan keradangan yang menjadi punca risiko penyakit jantung.

Kunyit memberi manfaat terhadap kesihatan organ buah pinggang pesakit diabetes. Ini sangat penting kerana diabetes merupakan punca utama kerosakan buah pinggang.

Walaubagaimanapun, bahan aktif kunyit iaitu curcumin tidak berupaya untuk diserap tubuh dengan baik bila diambil. Tingkat penyerapan curcumin dengan pengambilan bersama piperine iaitu bahan yang boleh ditemui dalam lada hitam.




8. Brokoli 



pemakanan untuk kencing manis



Kajian telah menemui brokoli berupaya stabilkan paras insulin serta melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas yang dihasilkan dalam proses metabolisme

Brokoli kaya dengan antioksidan jenis lutein dan zeaxanthin yang penting untuk halang penyakit berkaitan mata.




9. Kekacang


pemakanan untuk kencing manis



Kacang bukan sahaja sedap tapi turut berkhasiat. Semua jenis kacang mengandungi tinggi serat dan rendah karbohidrat. Pengambilan secara kerap membantu mengurangkan keradangan, merendahkan gula dalam darah, HbA1c dan paras LDL


Dalam satu kajian, pesakit diabetes yang mengambil kacang 30g walnut dalam diet harian mereka telah mengalami penuruan berat badan, komposit tubuh yang lebih baik serta paras insulin yang stabil.




10. Minyak zaitun extra tulen



makanan kawal gula dalam darah


Minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan jantung.

Minyak zaitun mengandungi antioksidan jenis polifenol yang berfungsi mengurangkan keradangan, melindungi sel dinding saluran arteri, menghalang oksidasi lemak LDL dan mengawal selia tekanan darah.


>>Baca: Cara cepat turunkan gula dalam darah dengan berkesan


Walaubagaimanapun, makanan diatas mesti ambil secara sederhana dan mesti ikut arahan doktor. Pesakit juga mesti mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup sihat.




Follow Instragram Jana_Hazana